Assalamualaikum wbt,

10 Resepi Pizza, Muffin, Kek, Puding Menggunakan Roti Gardenia | Bila berada di rumah dan tiada apa yang boleh dilakukan, apa kata kita mencuba resepi beraneka makanan berasaskan roti gardenia. Antaranya pizza, muffin, puding, kek, roti sosej dan roti john pun boleh. Banyak rupanya boleh buat dengan menggunakan bahan asas roti gardenia. Kosnya pun murah dan boleh didapati pada bila-bila masa.



10 Resepi Pizza, Muffin, Puding, Kek Dan Roti John Menggunakan Roti Gardenia
Jadi, kali ini mommy kongsikan pula 10 resepi makanan dengan menggunakan bahan asas roti gardenia iaitu pizza, muffin, kek, puding, roti sosej dan juga roti john.

10 Resepi Pizza, Muffin, Kek, Puding Menggunakan Roti Gardenia

#1 - Resepi Pizza Roti Gardenia (Kredit fb: Fara Samsudin)

Resepi Pizza Roti Gardenia menggunakan roti gardenia
Resepi Paling Simple :



Bahan-Bahan:
  • Roti Gardenia
  • Sos Prego Traditional
  • Cheese Slice (Chesdale)
  • Sosej (Rebus Dulu)
  • Lada Benggala (Guna Cili Api Coz Suka Pedas)

 Cara-Cara:
  1. Letak Roti
  2. Sapu Sos Prego
  3. Letak Sosej,Lada Benggala Dan Cheese
  4. Bakar Dengan Suhu 150- 200 Darjah Celsius

#2 - Resepi Pizza Gardenia (Kredit fb: Puan Hani Nanny)
Resepi Pizza Gardenia menggunakan roti gardenia
Bahan-Bahan: (Resepi tak ada sukatan,main agak2 je.)
  • Roti gardenia
  • Susu segar
  • Telur
  • Sikit garam
  • Crab stick carik2kan
  • Bawang potong dadu
  • Mozarela cheese
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Oregano
Cara-Cara:
  1. Potong dadu roti gardenia.
  2. Rendam dalam susu sebentar dan masukkan telur dan garam.
  3. Ratakan roti dalam tray yang dah disapu majerin, paip sos cili, crab stick, bawang, paipkan mayonis dan tabur oregano. Kemudian bakar 20 minit keluarkan tabur mozarela, bakar lagi 5 minit. Tadaaa...siap!

#3 - Resepi Cuppizza (Kredit fb: Eyqa Roslan)
Resepi Cuppizza menggunakan roti gardenia

Bahan bahan untuk 5 ketul cuppiza:
  • Roti 3 keping*
  • Telur 3 biji
  • Hotdog 2 (kalau nak)*
  • Bawang holland*
  • Mayonaise 1 sudu besar
  • Salt & Pepper
Cara-Cara:
  1. Potong semua bahan bertanda * itu bentuk dadu / nipis2.
  2. Gaulkan dalam mangkuk. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin. Kemudian sprinkle salt n pepper.
  3. Panaskan air fryer 5 minit suhu 180©. Bakar selama 10minit, suhu 160©.

#4 - Resepi Kek Roti Gardenia
Resepi Kek Roti Gardenia
Bahan-Bahan:
  • 7-8 keping roti gardenia
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sdb susu pekat
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sdb serbuk penaik
  • 1 sdt esen vanila
  • Pewarna kesukaan

Cara-Cara:
  1. Blender gula dan telur hingga kembang.
  2. Masukkan minyak masak, susu pekat, serbuk penaik dan esen vanila. Kemudian masukkan roti.
  3. Blend semua bahan dan bahagi kpd 3 bahagian.
  4. Warnakan adunan. Pastikan konsitensi adunan mesti boleh ditulis no8 (tidak putus). Jika terlalu pekat tambah telur dan sedikit minyak. Jika terlalu cair tambah roti gardenia. Masukkan berselang seli dalam loyang
  5. Bakar hingga masak ikut kepanasan oven masing-masing selama 30 minit.
#5 - Resepi Roti John Gardenia (Kredit fb: Haz Anna Hasan)
Resepi Roti John Gardenia
Bahan-Bahan:
  • 6 keping roti gardenia
  • 3 biji telur gred A
  • 2 keping daging burger
  • Segenggam kubis hiris nipis
  • Daun bawang, daun sup 1sb (agak-agak sahaja)
  • Bawang besar 1/2 biji potong dadu
  • Cili besar ikut suka nak banyak mana
  • Halia sagat 1sk
  • Perasa
  • Untuk topping boleh letak cheese, sos, timun, tomato, ikut kreativiti masing-masing
Cara-Cara:
  1. Daging burger dihancurkan terlebih dahulu dan goreng seketika.
  2. Campurkan daging bersama 3 biji telur.
  3. Masukkan semua bahan dan kacau sebati. Kecuali sos
  4. Panaskan pan yang rata, ratakan bahan tadi diatas pan.
  5. Biarkan hingga masak, letakkan cheese diatas inti tadi.
  6. Roti sebaiknya dibakar dengan pembakar roti terlebih dahulu dan susun roti diatas inti.
  7. Balikkan dan letak sos cili. Dah siap!

#6 - Resepi Puding Roti Gardenia
Resepi Puding Roti Gardenia
Bahan-Bahan:

  • 10 grm agar-agar bertali
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 keping roti gardenia buang yang tepi tu
  • 1 sudu besar marjerin
  • Pewarna ikut suka
Cara-Cara:
  1. Basuh agar-agar kemudian masak bersama 3 cawan air hgga agar2 larut. Kemudian masukkan gula biar seketika hingga gula larut. 
  2. Sementara itu blend roti dengan susu cair hingga halus kemudian tuang dalam agar-agar tadi sambil kacau perlahan. 
  3. Masukkan 1 sudu marjerin kacau lagi bagi sebati dan biar mendidih terus padam api. 
  4. Tapiskan adunan dalam bekas kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. 1 letak pewarna 1 lagi biar warna asal.
  5. Basahkan loyang amik 3 sudu besar adunan warna asal letak ditengah loyang kemudian ambil 3 sudu lagi yang berwarna pula letak atas adunan asal tadi. Ulang proses ini hingga habis.
  6. Kena pantas buat sebab adunan cepat mengeras. Bila sudah selesai biarkan sejuk dulu baru masukkan dalam peti ais. Makan ketika sejuk lebih sedap.
#7 - Resepi Puding Roti Gardenia Berbentuk Bunga (Kredit fb: Ashikkin Isha)
Resepi Puding Roti Gardenia berbentuk bunga
Bahan-Bahan:
  • Roti gardenia 4@5 keping*
  • Telor 1 biji*
  • Gula 1 cawan*
  • Susu cair 1 tin*
  • Esen vanila 1 sudu kecil*
  • Agar-agar 20g(dalam plastik panjang)
  • Air (untuk masak agar-agar, sukatan 2 tin susu cair)
Bahan utk belender yg betanda*

Cara-Cara:
  1. Masak agar2 dahulu sehingga larut, masukkan bahan yang diblend tadi. Kemudian tuang dalam loyang.
  2. Taburkan agar-agar yang dipotong dadu atau ikut suka.
  3. Dah siap, biarkan sejuk dahulu, terus simpan dalam peti sejuk.

 #8 - Resepi Roti Sosej Cheese Meleleh (Kredit fb: che hayati)
Resepi Roti Sosej Gardenia Cheese Meleleh
Bahan-Bahan:
  • Roti gardenia (nipiskan) sy golek guna gelas jer
  • Sosej(rebus dulu)
  • Cheese
  • Telur

Cara-Cara:
  1. Nipiskan roti
  2. Lapikkan 1 keping cheese
  3. Letak sosej yang dah rebus
  4. Gulungkan dan salut dengan telur yang telah dipukul
  5. Goreng. Done 
  6. Topping ikut suka masing2 , sy letak sos cili + mayonis ..
#9 - Resepi Gardenia Cup (Kredit fb: Puan Salasiah Tarmizi)
Resepi Roti Gardenia Cup
Bahan-Bahan:



  • 5 biji telur
  • Sosej sesuka hati banyak mana atau isi ayam/daging/udang
  • Bawnag holland potong dadu
  • Lada sulah / garam
  • 6 keping roti potong dadu
Cara-Cara:
  1. Masukkan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Masukkan ke dalam bekas muffin cup kemudian bakar. Juga boleh dikukus tau jika tiada oven.
  3. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat pada lidi bermakna dah masak.
  4. Jika ada lebihan telur boleh letak diatas muffin dan tabur lada sulah.
#10 - Resepi Roti Poket Doraemon (Kredit fb: Dapur iayaz)
Resepi Roti Pocket Doraemon
Bahan-Bahan:
  • Roti gardenia
  • 2 biji telur(pukul dan letak sedikit garam)
  • Breadcrumbs

Cara-Cara:
  1. Kapit 2 keping roti dan gelekkan. Kemudian tekap dengan mende bulat. Ulang sampai abes. Kalau roti gardenia yang panjang tu, boleh dapat dalam 10 keping.
  2. Lemaskan roti dalam telur yang telah di pukul tadi.
  3. Celup pula roti tadi ke dalam breadcrumbs. Selimutkan dia jangan ada satu tempat pun yang tertinggal hokey.
  4. Masukkan dalam kuali tuk goreng. Guna api sedang aja. Best gileee tengok roti ni mengembang macam.nak melotop. hehehe
  5. Semua roti yang telah siap di goreng. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  6. Potong 2 bahagian roti to guna pisau. 
  7. Masukkan inti yang di masak dalam roti. Lastly, letak sos kalau suka pedas... (ape2 inti pon boleh. Nama pon poket doraemon kan, nak letak sosej ke, ayam ke.) inti buat je la inti ape2 pun.

Selamat mencuba.