Assalamualaikum wbt,

8 Resepi Kuih Tradisional Mudah Dibuat Dan Sedap Di Makan | Di waktu yang meruncing ini, ramai yang update di mukabuku alami kebosanan apabila tidak lagi boleh keluar seperti biasa. Ramai juga yang gemar makan kuih muih tradisional ini, namun tidak ramai yang tahu cara bagaimana ingin membuat kuih-kuih tradisional ini.


Resepi Kuih-Kuih Tradisional Malaysia
Di sini akan dikongsikan 8 resepi dan cara membuat kuih tradisional dengan mudah dan cepat. Anda boleh nikmati juadah kuih muih ini bersama keluarga tercinta.

#1 - Resepi Sekaya Telur
Sekaya Telur
Bahan-Bahan:
  • 10 biji telur gred b/c
  • 1 kerek Nisang​/1ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanilla

Cara-caranya:
1. Campurkan santan dengan gula dan nisang (gula melaka) sehingga larut. Terlebih dahulu potong nisang kecil-kecil dan kisar)
2. Masukkan telur, kacau hingga sebati (jangan dipukul ya,kacau perlahan sahaja hingga sebati) dan masukkan secubit garam dan esen vanilla.
3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang. 
4. Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak (cucuk dengan lidi,jika tidak melekat maksudnya sekaya dah masak ler tew)
5. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk...

*Atau anda juga boleh cuba dengan cara ini. Panaskan gula, nisang (gula melaka), sedikit air dan 2 helai daun pandan. Cara ini tidak perlu guna esen vanilla.
Biarkan sehingga sejuk kemudian masukkan santan, secubit garam dan telur. Kacau perlahan sahaja, tapis dan kukus.

Kredit Resepi : imah rahman

 #2 - Resepi Kuih Seri Muka Gula Merah 
Kuih Seri Muka Gula Merah
Bahan-bahan lapisan bawah:
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair atau sederhana pekat
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara:
1. Basuh beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam ( saya rendam 1 jam,guna pulut susu )
2. Sediakan loyang 7×7 inci,sapu sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang,alas dengan plastik
3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi perlahan-lahan supaya rata dan kemas
5. Cakar-cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu,ketepikan

Bahan-bahan lapisan atas:
  • 200 gram gula merah
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur gred B ( saya guna 1 biji gred A )
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum ( saya tambah 1 sudu besar lagi )
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-Cara:
1. Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut,tapis dan ketepikan.
2. Sediakan mangkuk,satukan semua bahan kecuali larutan gula merah,kacau rata dengan whisk hingga sebati.
3. Kemudian tuangkan larutan gula merah tadi ke dalam adunan tepung,kacau rata.
4. Pastikan adunan licin dan tiada tepung berketul-ketul.
5. Masakkan adunan tadi di atas api sehingga naik wap sahaja.
6. Tuang adunan ke atas lapisan pulut dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik yang telah di oles dengan sedikit minyak.
8. Pastikan air kukusan betul2 mendidih dan lap penutup kukusan dgn tuala setiap 5 minit sekali.


Kredit fb : Mawar Merah



#3 - Resepi Kuih Badak Berendam
Kuih Badak Berendam
Bahan-Bahan:

Bahan untuk inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Gula melaka secukupnya
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai dauh pandan, ikat simpul

Bahan untuk kuah:
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, ikat simpul

Bahan untuk badak berendam:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna merah
  • pewarna hijau
Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti kelapa:
1. Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang ,anis, tambah lagi ketulan gula melaka. Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat.

Cara-cara untuk kuah santan:
1. Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.
2. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.
3. Hidangkan bersama bebola badak berendam.

Cara-cara untuk badak berendam:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.
3. Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.
4. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam kuah santan.

Kredit fb : Maria Jaafar

#4 - Resepi Kuih Koci
Kuih Koci
Resepi Kuih koci ( sumber :Myresipi – CMG)

Bahan untuk Doh
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air

Bahan untuk Inti
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air 

Bahan lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara
1. Untuk Inti:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
2. Untuk Doh:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
3. Untuk membuat kuih koci:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa.
5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Selamat mencuba..


#5 - Resepi Kuih Kaswi
Kuih Kaswi
Bahan-Bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh kapur mkn
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • Daun pandan

Cara Penyediaan:
1. Masak gula,gula melaka,air,santan dan daun pndan yg disimpul hingga larut.
2. Apabila air gula dah sejuk masukkan ke dalam bekas yg berisi tepung beras,air kapur,tepung jagung,Kacau sebati.
3. Tapiskan dan masukkan ke dlm acuan lompang yg telah di sapu minyak.
4. Kukus dlm 15-20mnt
5. Hidangkan bersama kelapa parut

Jumlah hidangan 10
Kredit fb : Buku Resepi Facebook

#6 - Resepi Kuih Cara  
Kuih Cara
Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
  • 4-5 helai daun pandan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak masak
  • Pewarna hijau, beberapa titik
  • Gula pasir, secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
2. Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
3. Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan.

Jumlah hidangan = 30

#7 - Resepi Kuih Bakar (Buku Resepi Facebook)
Kuih Bakar

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan jus pandan,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 1/2 cawan santan (450ml),
  • 3 biji telur
  • 1/2 sdt garam dan sedikit pewarna hijau.

Cara Penyediaan:
1. Campurkan smua bahan, kisar hingga sebati kemudian tapis.
2. Kemudian bakar hingga masak. (Kalau bakar dgn oven. Panaskan loyang yang telah dioleskan minyak.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang, taburkan sedikit bijan bakar sehingga masak.

Tips:
Boleh di tambah dengar sedikit butter cair atau satu sudu tepung jagung

#8 - Resepi Kuih Lompat Tikam
Kuih Lompat Tikam
Lompat Tikam

Bahan Lapisan Hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
  • 1 s/k air kapur
  • secubit garam



Cara-Cara:
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.

Bahan Lapisan Putih
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam

Cara-Cara:
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah
Bahan-Bahan
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula biasa
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara-Cara:
1. Masakkan semua abhan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.



Kredit fb : Maria Jaafar.