My Pregnancy Journey Part 9 : Perubahan Saiz Perut & Tendangan Baby Makin Padu

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar mami di luar sana? Kak wawa doakan semoga semuanya sihat dan diberi kesembuhan jika sedang sakit. amin

Ya Allah, permudahkanlah urusan kehamilan yang sedang dilalui oleh seluruh ibu-ibu diseluruh dunia, kurniakan kami zuriat yang sempurna fizikal, sihat akal fikiran, soleh dan solehah, cerdik berakal dan hafiz hafizah. Amin

pengalaman hamil kali pertama, hamil kali pertama, hamil 24 minggu, hamil 6 bulan, pengalaman hamil, pertama kali nak jadi mama


Perubahan Saiz Perut Menjadi Makin Comel. =P

Alhamdulillah, hari ini kandungan kak wawa sudah capai usia 25 minggu 3 hari atau 6 bulan 10 hari. Pada usia kandungan 6 bulan lebih ini, kak wawa mula perasan perubahan bentuk fizikal perut dan tubuh lebih cepat berlaku. Jika waktu 4 bulan, perut masih lagi nampak kecil, tapi kini perut semakin membesar.

Perubahan ini tidaklah membataskan pergerakan kak wawa, cuma berlaku sedikit perubahan cara berjalan je. haha

Kalau dulu, kita jalan macam biasa kan? Kini, berjalan pun perut yang seakan bergerak dulu. haha
Rasa macam kelakar kat diri sendiri, walau apa pun kak wawa tetap bersyukur kerana Allah masih beri peluang untuk kak wawa merasai pengalaman hamil. Alhamdulillah.

Tendangan Baby Semakin Padu

Bila usia kandungan sudah cecah 6 bulan ni, kak wawa perasan tendangan baby semakin padu. Kak wawa masih belum dapat kenal pasti benjolan akibat dari tendangan bayi itu samada dari kaki atau tangan atau siku. Cuma boleh rasa dan nampak benjolan-benjolan timbul diperut jika baby lakukan pergerakan dalam perut. So cute laa mami tengok awak. hehe

Bila Waktu biasa baby bergerak?

Awal pagi - Kak wawa akan bangun pagi jam 4:30-5:00 pagi, waktu ini bila kak wawa sedar sudah ada rasa pergerakan dalam perut. Maknanya baby dah bangun laa tu. Selepas selesai mandi & nak solat, kak wawa akan kejut baby bangun dan solat sama-sama. Waktu tengah solat tu, memang dapat rasa keaktifan baby dalam perut mami. Sentiasa bergerak, mungkin ikut mami solat agaknya kan.. hehe

Pergerakan baby akan berterusan sehingga jam 10:00 pagi. Kak doa baby masih maintain macam inilah bila dah keluar nanti. Bangun awal pagi bagus untuk rezeki mudah masuk dan menunaikan kewajipan kepada Allah.

Tengah hari - Biasanya jam 12:00 tengah hari, baby akan bergerak lagi. Mungkin sebab baby lapar dan waktu ini pula adalah waktu makan tengah hari kak wawa. Selepas makan, baby akan berhenti bergerak sebab dah kenyang dan kak wawa assume baby tidur balik. kiki

Petang - Selepas waktu bekerja, seakan tahu waktu mami dia dah habis kerja terus bangun dan melompat riang. hihi. Kak wawa balik dan driver akan pasang lagu/ radio. Bila dengar muzik, baby akan bergerak lebih rancak. 

Malam - Jam 8:00-9:00 malam, waktu ni kak wawa dah rehat dan bersembang-sembang dengan baby. Buat affirmation sikit dengan baby, doa-doa sikit dan bagi dengar orang baca al-quran. Waktu ini jugak baby akan aktif dan respon dengan apa yang mami dia cakap. good sangat baby ni. hik2

Bila dengar bunyi-bunyian - Menurut babycenter, pada usia kandungan cecah 5 bulan keatas bayi dalam kandungan sudah dapat mendengar bunyi-bunyian dari luar. Baby akan respon dengan bunyian tersebut melalui gerakan. Kak wawa banyak kali test letak bunyi atau dengarkan lagu kat perut, memang baby akan mula bagi reaksi. Jadi, kak wawa ambil peluang dengan perdengarkan ayat alquran selalu, supaya baby dah terbiasa dengar nanti.

Baby kak wawa pemalu mungkin dengan daddy dia, bila daddy ada jarang sangat dia nak tonjolkan diri. Bila daddy panggil pun, dia buat don't know je. Bila daddy dah balik tempat kerja, mulalah aktif semacam. Sampaikan daddy terpaksa tidur sambil letak tangan kat perut mami sebab tak nak lepaskan peluang rasa tendangan padu dari baby. 

Pengalaman hamil kali pertama yang kak wawa pasti takkan pernah melupakan sampai bila-bila. Bila coretan ini dibaca kembali, kak wawa yakin pasti mengimbau kenangan terindah dalam hidup kak wawa dan suami.

No comments: