My Pregnancy Journey Part 1

My Pregnancy Journey Part 1 : Bermula Dengan Badan Berangin Kuat Dan Sentiasa Lapar

Assalamualaikum wbt,

Awal bulan March yag lalu, Wawa sendiri pelik dengan keadaan diri waktu tu. Setiap hari, angin keluar macam dihembus-hembus. Urkkk sana, urkkk sini, Urrkkk lagi dan urkkk lagi. Awalnya wawa langsung tak perasan bakal ada penghuni sedang bercambah di dalam rahim.

Pada wawa, semua tu mungkin disebabkan makan lambat dan mungkin juga suka makan pedas.  Hari bertambah hari, wawa jadi makin kuat makan. setiap 2 jam sekali, dari jam 7, jam 10, jam 12, jam 3, jam 5, jam 8, jam 10. Ya Allah, apa jadi dengan diri aku ni? Wawa tanya diri sendiri. Kenapa macam melampau sangat makan ni? Perut jadi cepat lapar, mungkin ibu-ibu hamil pernah ada pengalaman macam ni kan? Wawa masih tak dapat agak, wawa hamil atau tak. Sebab bagi wawa semua ni normal je laa kot. 

Lama kelamaan, perut terasa kurang selesa, waktu period pun dah melebihi 2 minggu. Lagi bertambah pelik apabila payu dara juga mengalami perubahan yang ketara, saiznya berubah menjadi 2 kali ganda. Ya Allah, kenapa ni? Wawa tanya diri sendiri lagi, kenapa dengan aku ni? Masih berkira-kira untuk buat ujian pregnant dengan UPT test berharga rm9 tak silap. Berkira-kira sebab tak nak kecewa lagi, sudah bertahun wawa test hasilnya tetap negatif.

Positif Double line

18 March 2018 (Ahad)

Masih ingat lagi pada tarikh 18 March 2018, Wawa bersama suami bercuti ke Kota Tinggi dan dalam masa yang sama beli UPT test di farmasi area Desaru. Selepas solat isyak, wawa cuma nak berehat dan seingatnya nak cek UPT tu subuh esok. Orang kata, cek UPT pada masa yang tepat adalah selepas bangun tidur kan?

Suami wawa orang yang excited nak tahu, selepas wawa bagitahu simptom-simptom yang wawa alami suami meneka wawa sudah ada isi lah. Selepas dipaksa, wawa gagahkan juga untuk cek. Kemudian, terus masuk bilik semula sebab tak nak tengok result. Dah tahu, pasti seperti bulan-bulan yang lalu. Lagi sekali suami paksa, "pergilah tengok." Katanya.

Lepas tu, wawa pun pergilah tengok. Sekaliiiii, Ya Allah terkejutnya tak tahu nak cakap macam mana. Terus jerit panggil suami, "Abang, tengok ni. Sayang positif laa." Lepas tu kan, boleh pulak suami cakap, sayang jangan excited sangat takut mende tu main-main je. hahaha

Terus rasa excited tu jadi kendur, duk terfikir-fikir betul ke ni, betul ke ni aku pregnant? Nak gi klinik suami tak bagi lagi, katanya biarlah dulu awal lagi. Tunggu punya tunggu, 3 hari je pun lepas tu rasa macam tak sedap hati. Kena pergi juga klinik ni, nak dapatkan pengesahan betul ke pregnant. Nantikan kalau bukan, kecewa pula kan. 

21 March 2018 ( Rabu Petang)

Hari tu wawa dan suami ambil halfday, pergi klinik Penawar konon-kononnya nak buat buku laa. kiki
Tapi, malangnya doktor scan cuma ada kantung sahaja, belum nampak isinya lagi. Kata Doktor lagi 2 minggu kena datang lagi. Lepas tu, doktor bagi tarikh 4 April 2018 untuk temujanji seterusnya.

Kad Temujanji


Selepas berbincang dengan suami, wawa tak dapat nak pergi ke klinik pada tarikh berkenaan kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

14 April 2018 (Sabtu)

Pada pagi sabtu, wawa terkejut bila keluar tompokan darah berwarna koko gelap ketika buang air. Petang itu wawa ajak suami balik kerja awal untuk ke klinik. Selepas waktu kerja wawa dan suami ke klinik Adham di Kota Tinggi untuk scan jika kandungan wawa ni ada masalah atau tidak. Alhamdulillah, kata doktor tiada apa-apa masalah dari rahim. Mungkin pendarahan tu berlaku disebabkan oleh keletihan dan stress tak cukup rehat.

Waktu scan doktor sahkan kandungan wawa baru dalam 7-8 minggu dan EDD pada 25 November 2018. Pada kiraan wawa juga lebih kurang doktor la, sebab tarikh last period wawa lupa. hehe

Kemudian, wawa dapat rehat selama 3 hari. Yahuuu. Waktu ni wawa update difacebook doktor minta rehat. Semua orang curious, wawa ni sakit ke. Tak, wawa tak sakit cuma doktor minta wawa rehat dari banyak bergerak.


30 April 2018 (Isnin Petang)

Disebabkan kami suami isteri bekerja, maka waktu petang sajalah yang fleksible untuk kami pergi ke klinik. Hari berkenaan doktor scan sekali lagi dan dapati berbeza agak ketara minggu kehamilan wawa. Scan di klinik Adham lebih kurang 7-8 week. Tapi, scan di klinik Penawar dah 13-14 weeks. Doktor masih kebingungan kenapa boleh jadi macam ni dan masih tak dapat bagi waktu yang tepat untuk EDD. 

Lagi 2 minggu kena datang balik untuk repeat scan. Bila dah setle semua urusan, kena pergi kaunter pendaftaran lagi sekali untuk set temujanji. Nurse suruh datang lagi 2 May 2018 untuk buat buku. 

2 May 2018 (Rabu)

Sekali lagi kena pergi ke klinik untuk urusan buat buku dan terpaksa skip kerja. Oh my cuti, habis macam tu je. hehe

Dari jam 8:30 pagi sampai jam 10:30 selesai urusan buat buku pink (buku untuk ibu hamil). Yeay,dah official kena rekod segala bagai mak nenek.. hehe Specialnya buku pink wawa ada sticker warna hijau sebab dah melebihi usia 30 tahun dan anak pertama. Redha je laa. hihi

Buku Kesihatan Ibu

So far, semuanya dalam keadaan baik. Cuma HB berada pada atas border je kata nurse 11.2 . Jika bawah pada 11, kemungkinan wawa kena check up 2 minggu sekali la. Hari tu mungkin sebab wawa dah terputus bekalan vitalea, wawa tak ambil ubat klinik langsung.

Lepas pilihan raya ni akan ada lagi temujanji pada 14 May 2018 & 30 May 2018. Baru sekarang wawa faham perasaan ibu-ibu hamil setiap kali kena pergi checkup. Rutin yang bakal semua ibu tempuhi. menunggu, tunggu dan menunggu sampai siap. hihi

Alhamdulillah, terima kasih Allah diatas kurniaan Mu yang paling besar dalam hidupku dan suami. Selepas genap 4 tahun perkahwinan kami, Allah hadirkan insan kecil di dalam rahim ku.

Doakan wawa diberikan kesihatan yang baik dan mudah dalam proses hamil dan bersalin ye.

2 comments:

Maria Firdz said...

Moga dipermudahkan wawa... Owh.. Anak sulung ya... Jaga Baik2 ya.. Moga selamat semuanya. .

Cik Ash said...

Tahniah wawa.. harap cik ash terikut sekali jejak wawa la hahaha...