Assalamualaikum wbt,

Bulan puasa dah makin dekat, macam-macam menu yang keluar tapi makanan siput sedut tak pernah wawa makan, apatah lagi memasak. Suami wawa memang suka makan siput sedut, tapi wawa geli nak masak.😄

Pagi ni nampak kak lydiawati share resepi kat fesbuk beliau, wawa mintak nak resepi ni dan share kat blog. Nanti boleh jadi rujukan diri sendiri kan.



Jom kita memasak. Hehe

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi pedas desikk😁

Resepi, menu bulan puasa, resepi masak lemak cili api sipu sedut

Bahan-Bahan 

1 kg siput sedut dibersihkan dan dipotong bahagian belakangnya
1 kotak santan kara
Lengkuas
Kunyit hidup
1 helai daun kunyit dipotong nipis
Bawang meroh 5 biji
Bawang putih 4 ulas
3 batang serai dititik
bahan perasa, garam
minyak untuk menumis



BAHAN UNTUK DIBLEND

20 tangkai cili api
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Lengkuas
Kunyit

Cara-cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yang diblend dan serai sehingga naik bau
2. Kemudian masukkan siput sedut, santan
3) Masukkan juga bahan perasa, garam dan daun kunyit.. Siap,leh cekek nge senang ati😁😁💪

Kredit: fb kak Lydiawati Ahmad