Kaki Kejang Ketika Hamil - Ostematrix Selesaikan

Assalamualaikum wbt,

Pagi tadi wawa sharing tentang masalah tulang rapuh atau Osteoporosis. Ia berlaku disebabkan beberapa faktor, namun paling memberi kesan adalah faktor kekurangan kalsium dan magnesium dalam tulang. Kemampatan tulang semakin berkurang apabila seseorang meningkat usia. Jadi, solusinya adalah anda perlu ambil kalsium setiap hari untuk melindungi tulang anda.

Selain masalah tulang rapuh, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan seaeorang mengalami kekejangan kaki. Namun, kebiasaannya masalah kejang kaki ini sering kali dialami oleh ibu hamil.

Gambar kredit : Syahidadhukri.com

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. 

Apakah yang menyebabkan ibu hamil sering mengalami kekejangan kaki? 

✔️ Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

✔️ Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

✔️ Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Cara Hilangkan Sakit Kekejangan Kaki

Jika anda mengalami kekejangan kaki, apa yang perlu anda lakukan adalah;

1. Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

2. Urut otot yang kejang itu.

3. Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Cara Elak Berlaku Kekejangan Kaki

Bagi mengelakkan berlaku kekejangan kaki, anda boleh amalkan tips dibawah ini.

1. Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

2. Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

3. Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

4. Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

5. Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

6. Minum banyak air.

7. Wajib ambil kalsium setiap hari.

Apakah Kalsium Paling Baik untuk di amalkan?

Kalsium yang baik adalah kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium. Ini kerana kedua-dua mineral ini membantu penyerapan kalsium dalm badan anda dengan lebih berkesan.






Semoga bermanfaat.
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

1 comments:

mamapp said...

Nasib baik Ada ostermetrik. Mama dulu makan oil kalsium saja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...