Assalamualaikum wbt,

Ap yang terlintas difikiran anda bila kita dengar perkataan Osteoporosis? Adakah ostematrix atau tulang reput?

Osteoporosis adalah penyakit tulang yang mempunyai sifat-sifat khas berupa massa tulang yang rendah, disertai mikro arsitektur tulang dan penurunan kualiti jaringan tulang yang dapat akhirnya menimbulkan kerapuhan tulang.

Osteoporosis ialah keadaan dimana tulang kita tidak mampat akibat kekurangan kalsium. Kalsium yang disimpan didalam tulang tidak cukup sehingga mengakibatkan tulang kita lebih banyak rongga daripada jisim seterusnya mudah rapuh.


Penyakit Tulang Rapuh, Osteoporosis, Kalsium Penting Untuk Tulang, Elak Tulang rapuh, Pengedar Ostematrix Shaklee, Shaklee Malaysia, Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar vivix johor



Diantara faktor yang dapat mengakibatkan terjadinya osteoporosis antara lain adalah,

1. penuaan
2. berat badan dibawah normal
3. jumlah hormon seks yang rendah selama masa menopause
4. merokok
5. beberapa jenis ibat
6. Wanita hamil
7. Period

Perempuan memiliki risiko osteoporosis lebih besar berbanding lelaki.  Pencegahan dan pengubatan osteoporosis meliputi pemberian kalsium dan vitamin D, senaman secara teratur, dan ubat osteoporosis.

Osteoporosis ialah keadaan dimana tulang kita tidak mampat akibat kekurangan kalsium. Kalsium yang disimpan didalam tulang tidak cukup sehingga mengakibatkan tulang kita lebih byk rongga daripada jisim seterusnya rapuh.

Wanita berisiko mendapat kerapuhan tulang lebih tinggi berbanding lelaki atas sebab sistem perkumuhan, haid dan juga proses kehamilan. Semasa proses perkumuhan, kalsium akan disingkirkan melalui perpeluhan, pembuangan air besar dan kecil, dan juga semasa pemotongan rambut dan kuku sama seperti lelaki. Selain itu proses perubahan hormon wanita menjadikan kalsium lebih byk di singkirkan semasa haid. Proses ini berlaku setiap bulan terhadap wanita jadi tidak hairanlah mengapa wanita lebih berisiko.

Wanita sewaktu hamil juga perlukan kalsium yang tinggi berbanding wanita tidak hamil. Bayi didalam kandungan menyerap kalsium dari ibu hamil untuk membina tulang. Sebab itu wanita hamil disarankan mengambil 1200mg-1300mg kalsium sehari berbanding wanita tidak hamil memerlukan 1000mg kalsium sehari. Wanita yang menyusukan bayi juga memerlukan kalsium yang tinggi untuk menyalurkan kalsium pada bayi mereka. 

Selain itu, wanita hamil dan menyusu sering diserang kejang otot terutamanya kejang kaki disebabkan kekurangan kalsium. Akan dibincangkan next entry kenapa wanita hamil mudah kena kejang kaki.

Sekarang anda tahu mengapa wanita lebih berisiko menghadapi osteoporisis berbanding lelaki. Wanita juga akan berkurangan ketinggian atas faktor kekurangan kalsium apabila mereka meningkat usia.


ubat tulang rapuh, vitamin tulang rapuh, ostematrix untuk tulang rapuh, ostematrix shaklee, set tulang shaklee

Tulang manakah yang berisiko terkena Osteoporosis?

Tulang yang mudah patah akibat osteoporosis adalah tulang belakang, tulang paha, dan tulang pergelangan tangan.
Osteoporosis adalah sebuah silent epidemic yang akan menjadi masalah global seiring dengan makin bertambahnya usia harapan hidup manusia. 
Satu dari tiga wanita dan satu dari lima lelaki diatas 50 tahun akan mengalami osteoporosis dan berisiko mengalami kerapuhan tulang yang meningkatkan angka kesakitan dan angka kematian.

Osteoporosis dapat dibahagi dalam dua kelompok, iaitu osteoporosis primer dan osteoporosis sekunder. 

a. Osteoporosis Primer

Osteoporosis primer terdapat pada wanita pasca menopause (postmenopause osteoporosis) dan pada lelaki atau wanita yang berusia lanjut (senile osteoporosis).
Osteoporosis primer umumnya terjadi pada usia 50-an, dimana hormon estrogen wanita akan mengalami penurunan 2-3 tahun sebelum menopause timbul dan berterusan sehingga 3-4 tahun setelah menopause dan seterusnya.

b. Osteoporosis sekunder

Osteoporosis sekunder ini disebabkan oleh penyakit atau kelainan tertentu, atau bisa pula akibat tindakan pembedahan atau pengambilan ubat yang mempercepat pengeroposan tulang. Contohnya adalah penyakit cushing (kelainan hormon adrenal), penyakit hipertiroid (hormon gondok yang berlebihan), penyakit hiperparatiroid (hormon paratiroid yang meningkat), kekurangan hormon seks, gangguan hati kronis, kegagalan ginjal, pemakanan hoemon steroid jangka lama, kurang gerak badan, kebiasaan minum alkohol, merokok atau kelebihan kafein.
Cuba bayangkan apa akan terjadi, jika keadaan ini berlaku pada diri anda. Apa kesan jika anda mengabaikan pengambilan kalsium setiap hari?
Bayangkan jika kalsium yang anda ambil sehari tidak mencukupi dan langsung tidak diambil berat. mungkin bukan sekarang anda kan nampak permasalahannya. Tapi masa akan datang, dan waktu itu anda sudah tidak boleh berbuat apa2 untuk menanganinya.

Berapa Keperluan Kalsium Harian Anda?

Ramai yang tidak tahu jumlah kalsium yang sepatutnya diambil oleh mereka sehari. Ini menyebabkan kekurangan kalsium tanpa mereka sedar. Dibawah ini anggaran yang dikeluarkan oleh RDA untuk menjadi panduan pengambilan makanan dan suplemen suapaya kalsium yang diambil lengkap setiap hari.

Kanak kanak 4-10 thn = 500-600mg sehari
Remaja 11-18 thn = 1000-1200mg sehari
Dewasa 19-50 thn = 800 -1000mg sehari
Dewasa wanita hamil = 1200-1300mg sehari 
Warga Emas = 1000-1200mg sehari

Sekiranya anda risau dan merasakan keperluan kalsium anda tidak mencukupi, wawa ada cara mudah untuk anda pastikan kalsium anda cukup setiap hari.

Semoga bermanfaat