Selamat Pagi Malaysia!

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah,  masih bertemu lagi kita.. selamat pagi semua, semoga hari ini lebih ceria. InsyaAllah.

Cerita malam tadi, keluar makan jam 10 malam. Beria hubby nak tengok majalah tiga pasal banjir, sebabnya nak tengok kemaman masuk tv.. hehe

Sampai kedai, rasa macam nak panggil waiter nak suruh dia cepat hantar.. Lapar berkeruk2 dah perut ni.. hehe

Sampai je makanan, doa sekejap terus ngap. Lepas makan 2 mulut, baru teringat nak ambil gambar.. haha..


Bila makan kat luar, ini je makanan biasa yang kami makan. Nasi putih, khailan ikan masin, sup tulang/tom yam ayam, ayam goreng kunyit garing, telur dadar dan air ikut suka. ")

Best laa sup tulang dia, pedas ya amat. Wawa suka sup je, tulang tak makan pun.


Lepas makan, ronda-ronda tapak karnival dekat Paka ni je, sebab nak ambil gambar ni. Comel kan, cute je..


Sambil ronda-ronda, hati ni meronta-ronta nak makan asam. Jumpa jeruk salak ni, sampai rumah tak sabar nak makan.. Sempat lagi makan, jam dah 12 malam time ni.. 12:30 malam selamat dialam mimpi..

Bangun pagi tadi, hidung ni berair je. Wawa ada resdung jugak, pagi-pagi kadang-kadang macam selsema je. Lepas isi perut sikit dengan karipap, sempat laa wawa menggoreng tadi. Terus telan Alfalfa,  untuk hilangkan alergik gatal & selsema. 


Ok, Alfalfa juga bantu jadi pelawas tau. Tengah siap-siap nak gi keje, perut pulak bagi isyarat untuk masuk toilet.. Sebelm ni wawa biasa makan alfalfa malam je, tu pun time perlu je..")

Alhamdulillah,  lega hidung dan perut lepas makan alfalfa.  

Habis dah story malam & pagi ni.. Selamat pagi semua. 
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

4 comments:

Bbwana adienia said...

Singgah pagi sini.. :)

paridah said...

selamat pagi wawa..musim lembab gini mudah kita selsema...moga cpt pulih.

Farrah MF said...

Selamat pagi, Wawa! Bestnya menu dinner :)

Mila Hilas said...

hi wawa..lama x sggh sini.. best tu sup tulang kedai mana 1 tu? nt kalo aku blk kg, leh la belanja aku eh? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...