Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim. 


Innalillahiwainnailahiraajiun. 

"Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali".


Allah, malam tadi wawa terima berita pemergian rakan niaga wawa, merangkap adik susuan puan Aeinna Musa ke rshmatullah.

Pemergiannya Enda Ahmad disebabkan oleh penyakit SLE (Sistematik Lupus Eritematosus) stage 4 atau Lupus adalah penyakit kronik "Autoimmune". Sebelum ni wawa kenal dengan enda seorang yang periang, berisi, suka senyum, baik orangnya. 

Allahurabbi, Allah lebih sayangkan enda. Beberapa bulan enda tempuhi dengan tabah untuk melawan SLE ini. 

SLE merupakan penyakit auto-immune yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru. Puncanya tidak diketahui tapi mungkin disebabkan faktor persekitaran, keturunan dan hormon.

Arwah tak tahu pun dia ada SLE sehingga ke stage 4 baru dapat detect. Jadi sentiasalah kita menjaga kesihatan dari awal. 

Sesubgguhnya mati itu pasti. Sakit itu hanya asbab sahaja..