Assalamualaikum wbt,
Apa khabar ibu-ibu hamil? Berapa minggu sudah usia kandungan kalian? Apabila kandungan masuk ke trimester ketiga, keadaan bayi dalam kandungan semakin membesar. Ini menyebabkan sedikit kesulitan kepada ibu hamil untuk dapat tidur yang cukup dan selesa. Apakah punca yang menyebabkan ibu hamil sukar tidur di waktu malam?
Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Di Waktu Malam
Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca ibu hamil sukar tidur di waktu malam. Antaranya adalah sakit belakang, kerap kencing, kuat berpeluh, kaki kejang, tidak selesa dengan perut semakin membesar dan stress. Keadaan ini boleh mengganggu pola tidur ibu hamil dan memberi kesan pada siang hari.
Punca Ibu Hamil Tidak Boleh Tidur
1. Kerap Kencing
Apabila rahim dan bayi dalam kandungan semakin membesar, ia menyebabkan wujud tekanan pada pundi kencing, justeru memberi kesan kepada ibu hamil kerap kencing.
2. Sakit Belakang
Seiring perkembangan bayi dari
trimester satu hingga tiga, pertumbuhan bayi dalam kandungan juga akan
menambahkan beban pada bahagian bawah belakang badan ibu. Semasa anda hamil,
otot abdomen yang menyokong tulang belakang akan meregang dan lama-kelamaan
akan menjadi sedikit lemah. Faktor ini juga menjadi antara punca sakit belakang
ketika hamil.
3. Kerap Berpeluh
Ibu hamil akan mengalami masalah peluh
berlebihan sepanjang tempoh kehamilan. Peningkatan suhu badan ketika hamil
sebenarnya cara untuk mengimbang suhu badan. Tubuh memerlukan lebih
banyak tenaga untuk menyokong janin yang semakin membesar sehingga menyebabkan
berlakunya peningkatan kadar metabolism. Hal ini sekaligus akan mengaktifkan
kelenjar peluh anda yang menyebabkan penghasilan peluh dengan lebih banyak.
4. Kaki Kejang
Bahagian rahim yang semakin membesar
menyebabkan saluran darah tertekan. Keadaan ni menyebabkan darah sukar untuk
mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar
ini menyebabkan kaki terasa kejang. Selain itu, antara punca lain yang mengaitkan kejang kaki
adalah kekurangan nutrisi dan ibu hamil digalakkan mengambil makanan tambahan
secukupnya terutama magnesium dan kalsium.
5. Resah dan Tekanan
Pada waktu hamil akan mengalami perubahan hormon secara drastik. Perubahan hormon ini akan mempengaruhi emosi ibu hamil. Ketika ini, ibu hamil mula memikirkan pelbagai isu ketika hamil, bersalin sehinggalah kos penjagaan bayi. Justeru itu, ia sedikit sebanyak mengganggu emosi ibu hamil sehingga boleh mengundang keresahan dan tekanan yang menyebabkan ibu hamil sukar untuk melelapkan mata.
6. Keadaan Perut Semakin Membesar
Perubahan fizikal ibu hamil akan mula ketara apabila masuk trimester ketiga. Keadaan ini menyebabkan kurang keselesaan pada ibu hamil apabila waktu tidur. Pada waktu ini, Ibu hamil perlu memastikan posisi mengiring dapat membantu memudahkan untuk tidur pada waktu malam.
Walau apa pun cabaran ketika hamil, ia pasti menjadi kenangan terindah buat semua ibu-ibu selepas melahirkan dan membesarkan anak-anak yang telah dilahirkan. Untuk mendapat kesihatan yang baik dan kecergasan yang luar biasa ketika hamil, ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi lengkap.
Dibawah ini adalah cadangan supplemen yang dapat membantu ibu hamil sentiasa cergas dan bertenaga dan boleh juga baca pengalaman saya sendiri ketika hamil anak pertama.
Ibu yang mendapat nutrisi lengkap ketika hamil, dapat memberi nutrisi yang baik juga pada anak dalam kandungannya.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊