Assalamualaikum wbt,
MasyaAllah tabarokallah, Allahuakbar hari ini baru Wawa terdengar kisah merancang kehamilan melalui bulan persenyawaan mengikut umur ibu. Sesungguhnya, rezeki anak samada perempuan atau lelaki adalah pemberian Allah swt. Semuanya atas kehendak Allah dalam memberi kepada ibu bapa rezeki anak.
Dulu Wawa tidak kisah tentang jantina anak, asalkan anak sihat sempurna. Wawa yakin semua ibu bapa diluar sana juga begitu terhadap anak pertama. Namun, untuk menimang cahaya mata kedua dan seterusnya sudah pasti para ibu dan ayah inginkan anak berlainan jantina dari yang pertama. Setuju?
Hari ini, selepas keluar makan tengah hari dengan sahabar lama berkongsi cara macam mana nak dapat anak mengikut umur ibu. Wahh, ini ilmu baru apa salahnya kita mencuba kan. hehe
Dikatakan cara ini mempunyai ketepatan sehingga 93 peratus, walau bagaimana pun kita sebagai orang islam seharusnya percaya bahawa semuanya adalah ketentuan dan rezeki dari Allah swt. Kalendar ini mungkin diukur mengikut pengalaman dan kajian yang dijalankan keatas ibu-ibu yang melahirkan sebelum ini.
Kalendar Jantina Anak Mengikut Usia Ibu
Inilah dia kalendar yang boleh dijadikan rujukan ibu bapa yang ingin menimang cahaya mata. Nombor dibahagian atas adalah usia ibu.
Merah jambu = Perempuan , Biru = Lelaki |
Bagaimana cara untuk tentukan jantina anak yang dilahirkan? Merujuk kepada kalendar diatas, lihat nombor umur ibu dibahagian atas. Manakala jalur kebawah pula adalah bulan persenyawaan (waktu bersama pasangan).
Contoh : Umur ibu 30 tahun, jika inginkan anak perempuan persenyawaan (waktu bersama pasangan) boleh dilakukan pada bulan Febuari hingga Oktober. Sekiranya ingin mendapat anak lelaki, persenyawaan boleh dilakukan samada pada bulan Januari atau November atau Disember.
Jadi, ibu-ibu ataupun ayah-ayah bolehlah merancang kehamilan untuk mendapat anak mengikut jantina yang diinginkan. Sekiranya berlaku sebaliknya, sudah pasti semuanya adalah atas kehendak Allah swt. Kita hanya merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu paling terbaik untuk kita.
Selain merancang kehamilan, ibu-ibu juga perlu menjaga kesihatan dan selepas disahkan hamil perlulah memberikan nutrisi yang terbaik untuk diri dan kandungan.
Jemput baca pengalaman wawa hamil anak pertama.
2 Comments
wahh perkongsian yang baik wawa, kak AJ follow sini..
ReplyDeleteAlhamdulillah, tq kak AJ.
DeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊