Assalamualaikum wbt,

Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2023 bersamaan dengan 1 Muharram 1945H jatuh pada hari Rabu, 19 Julai 2023 dan merupakan cuti umum di Malaysia. Sempena kedatangan tahun baru Islam 1445 Hijrah atau awal Muharram, saya kongsikan teks Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah sebagai panduan semua umat islam.

Awal Muharram

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Pada bulan ini juga akan terdapat aktiviti masyarakat kita dengan memasak bubur Asyura. Setiap tahun akan ada sekumpulan disetiap kampung untuk memasak dan membahagi kepada penduduk sekitar. Teringat sewaktu zaman kanak-kanak, kami akan beratur membawa bekas untuk merasa bubur asyura yang telah dimasak oleh ibu-ibu.

Bacaan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah.

Berdasarkan kepada Kalendar Islam, pertukaran tahun hijarah bermula selepas masuknya waktu maghrib. Sempena kedatangan tahun baru Islam 1445 Hijrah, marilah kita sama-sama memanjat doa kepada Allah swt untuk kesejahteraan kita dan keluarga.

Cara Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

  1. Bacaan doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (petang Selasa, 18 Julai 2023)
  2. Doa awal tahun pula dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram (waktu Maghrib Selasa, 18 Julai 2023)

Doa Akhir Tahun




Doa Awal Tahun


Semoga bermanfaat.