Malaysia adalah negara indah yang
terletak di rantau Asia Tenggara dan terkenal oleh ciri-ciri indahnya. Para
pelancong tertarik kepada negara ini yang mempunyai penduduk tempatan yang
ramah, dan kebanyakannya yang mengunjungi negara ini berasa teruja dengan
pelbagai daya tarikannya yang menjadi buah mulut para pelancong lain.
Suasana di Malaysia sering
meriah, dipenuhi dengan keseronokan dan pelbagai tarikan pelancong seperti
taman tema, taman tema air, muzium, monumen,
dll. Jika perkara-perkara tersebut belum meyakinkan anda untuk mengunjungi
negara ini, Malaysia juga mempunyai tempat-tempat penginapan pada harga mampu
milik yang sesuai untuk para pelancong. Menempah online tiket bas adalah sangat
mudah dengan adanya perkhidmatan redBus yang juga membantu memudahkan anda
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain supaya anda boleh menjelajah
kawasan sekitar.
Malaysia merupakan destinasi yang
sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga kerana anak-anak boleh bergembira sambil
memberikan peluang kepada ibu dan ayah untuk santai berehat. Selain daripada
daya tarikan yang berbagai-bagai, teknologi juga telah memainkan peranan dalam
perkembangan pesat negara ini. Malaysia juga dikenali sebagai negara yang maju
dengan teknologi terkini yang serba canggih. Ternyata Malaysia adalah negara
yang mengutamakan perkembangan infrastruktur digital dalam bangunan, pelancaran
sistem 5G, automasi pintar dan pelbagai
inovasi lain. Malaysia disasarkan untuk menjadi negara dengan teknologi tinggi
menjelang tahun 2030.
Selain itu, Malaysia juga
diramalkan untuk menjadi Hub Perkembangan ‘Internet of Things’ (IoT) di rantau
Asia Tenggara dengan projek yang mempunyai sokongan penuh daripada Kerajaan
Malaysia. Walaupun projek ini baru sahaja mendapat tumpuan, potensi konsep IoT untuk memacu transformasi
negara mula diberi perhatian yang sepatutnya pada tahun 2015. Sejak projek ini
diperkenalkan, peluang pekerjaan untuk lebih kurang 14,270 orang pekerja
berkemahiran tinggi diwujudkan menjelang tahun 2020.
Malaysia bukan sahaja menarik
pelancong yang ingin bercuti, malah keluarga dan individu-individu yang mencari
negara untuk menetap kerana ia dilengkapi dengan struktur dan infrastruktur
yang baik untuk ketenangan minda.
Menteri Kanan Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia, Y.B. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah
membuat kenyataan bahawa sebarang pelaburan yang dibuat akan dikhususkan untuk
sektor teknologi negara. Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia akan terus
mengalu-alukan pelaburan teknologi tinggi dengan nilai tambah tinggi dengan
mewujudkan pekerjaan-pekerjaan berkemahiran tinggi yang boleh memanfaatkan
perkembangan teknologi dalam industri-industri yang menambah nilai kepada
negara.
Apabila melawati Malaysia, anda
mungkin sedar bahawa terdapat terlalu banyak perkara untuk ditemui. Sama ada
anda berkembara dengan anak-anak kecil ataupun dengan sanak saudara, anda pasti
dapat mengalami keseronokan melawati pelbagai muzium, taman tema, taman tema
air dan daya tarikan lain yang terdapat di sini. Dengan pelbagai tempat untuk
dikunjungi dan aktiviti untuk mencuba, Malaysia adalah destinasi yang bagus
untuk menghiburkan anak-anak kecil semasa percutian anda.
Malaysia bukan sahaja negara yang
terkenal dengan daya tarikan pelancong tetapi juga mempunyai banyak peluang
inovasi dan telah disenaraikan sebagai negara ke-27 yang paling inovatif di
dunia mengikut sebuah laporan tahunan yang mengkaji negara-negara dengan
ekonomi yang inovatif. Malaysia dikenali dengan mengambil pendekatan yang
berlainan dengan tekonologi maju, menjadikannya negara yang terkenal dengan
industri pelancongan dan sebuah syurga teknologi untuk pelancong.
Sebagai seorang pelancong, anda pasti ingin merasai makanan tempatan yang lazat sambil mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Malaysia adalah destinasi yang terbaik untuk membawa keluarga anda bercuti atau untuk mengembara secara bersendirian. Anda boleh membuat tempahan tiket bas online dengan mudah apabila menggunakan platform redBus.
2 Comments
Thanks for sharing
ReplyDeletevisit our website
ittelkom jakarta
Thanks for information
ReplyDeleteKampusnya politisi
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊