Assalamualaikum wbt,

redbus, tiket bas online

Malaysia adalah negara indah yang terletak di rantau Asia Tenggara dan terkenal oleh ciri-ciri indahnya. Para pelancong tertarik kepada negara ini yang mempunyai penduduk tempatan yang ramah, dan kebanyakannya yang mengunjungi negara ini berasa teruja dengan pelbagai daya tarikannya yang menjadi buah mulut para pelancong lain.

Suasana di Malaysia sering meriah, dipenuhi dengan keseronokan dan pelbagai tarikan pelancong seperti taman tema, taman tema air, muzium, monumen,  dll. Jika perkara-perkara tersebut belum meyakinkan anda untuk mengunjungi negara ini, Malaysia juga mempunyai tempat-tempat penginapan pada harga mampu milik yang sesuai untuk para pelancong. Menempah online tiket bas adalah sangat mudah dengan adanya perkhidmatan redBus yang juga membantu memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain supaya anda boleh menjelajah kawasan sekitar.

Malaysia merupakan destinasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga kerana anak-anak boleh bergembira sambil memberikan peluang kepada ibu dan ayah untuk santai berehat. Selain daripada daya tarikan yang berbagai-bagai, teknologi juga telah memainkan peranan dalam perkembangan pesat negara ini. Malaysia juga dikenali sebagai negara yang maju dengan teknologi terkini yang serba canggih. Ternyata Malaysia adalah negara yang mengutamakan perkembangan infrastruktur digital dalam bangunan, pelancaran sistem 5G,  automasi pintar dan pelbagai inovasi lain. Malaysia disasarkan untuk menjadi negara dengan teknologi tinggi menjelang tahun 2030.

Selain itu, Malaysia juga diramalkan untuk menjadi Hub Perkembangan ‘Internet of Things’ (IoT) di rantau Asia Tenggara dengan projek yang mempunyai sokongan penuh daripada Kerajaan Malaysia. Walaupun projek ini baru sahaja mendapat tumpuan,  potensi konsep IoT untuk memacu transformasi negara mula diberi perhatian yang sepatutnya pada tahun 2015. Sejak projek ini diperkenalkan, peluang pekerjaan untuk lebih kurang 14,270 orang pekerja berkemahiran tinggi diwujudkan menjelang tahun 2020.

Malaysia bukan sahaja menarik pelancong yang ingin bercuti, malah keluarga dan individu-individu yang mencari negara untuk menetap kerana ia dilengkapi dengan struktur dan infrastruktur yang baik untuk ketenangan minda. 

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Y.B. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah membuat kenyataan bahawa sebarang pelaburan yang dibuat akan dikhususkan untuk sektor teknologi negara. Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia akan terus mengalu-alukan pelaburan teknologi tinggi dengan nilai tambah tinggi dengan mewujudkan pekerjaan-pekerjaan berkemahiran tinggi yang boleh memanfaatkan perkembangan teknologi dalam industri-industri yang menambah nilai kepada negara.

Apabila melawati Malaysia, anda mungkin sedar bahawa terdapat terlalu banyak perkara untuk ditemui. Sama ada anda berkembara dengan anak-anak kecil ataupun dengan sanak saudara, anda pasti dapat mengalami keseronokan melawati pelbagai muzium, taman tema, taman tema air dan daya tarikan lain yang terdapat di sini. Dengan pelbagai tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk mencuba, Malaysia adalah destinasi yang bagus untuk menghiburkan anak-anak kecil semasa percutian anda.

Malaysia bukan sahaja negara yang terkenal dengan daya tarikan pelancong tetapi juga mempunyai banyak peluang inovasi dan telah disenaraikan sebagai negara ke-27 yang paling inovatif di dunia mengikut sebuah laporan tahunan yang mengkaji negara-negara dengan ekonomi yang inovatif. Malaysia dikenali dengan mengambil pendekatan yang berlainan dengan tekonologi maju, menjadikannya negara yang terkenal dengan industri pelancongan dan sebuah syurga teknologi untuk pelancong.

Sebagai seorang pelancong, anda pasti ingin merasai makanan tempatan yang lazat sambil mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Malaysia adalah destinasi yang terbaik untuk membawa keluarga anda bercuti atau untuk mengembara secara bersendirian.  Anda boleh membuat tempahan tiket bas online dengan mudah apabila menggunakan platform redBus.