Assalamualaikum wbt,

Gadget merupakan alat yang sangat penting pada masa kini bagi ibu bapa. Namun, pendedahan awal gadget kepada anak sejak dari kecil adalah sesuatu yang kurang baik. Pelbagai kesan yang kita boleh lihat apa yang berlaku pada anak-anak masa kini.

Kesan Terlampau Banyak Dengan Gadget Pada Kanak-Kanak

Kesan Terlampau Banyak Dengan Gadget
  • Perkembangan otak anak-anak terbantut
  • Perkembangan sosial anak-anak juga terbantut
  • Kesihatan mata terjejas sehingga menyebabkan juling
  • Anak mudah tantrum atau agresif
  • Kesan radiasi
Pelbagai kesan buruk yang boleh berlaku terhadap anak-anak sekiranya, kita ibu bapa gagal untuk membendung situasi ini. Seperti orang lain, wawa turut merasai keadaan yang sama dimana anak didedahkan dengan telepon pintar sejak kecil. Sehingga usianya meningkat 2 tahun lebih, anak wawa sudah pandai untuk membuka phone sendiri, lihat youtube dan sebagainya.

Keadaan ini sebenarnya agak membimbangkan, di mana wawa dan suami tak dapat nak handle keadaan tantrum anak bila berada di luar. Dia umpama berada dalam dunia sendiri dan bila nak sesuatu, dia terus menangis sampai dapat. 

Jadi, wawa putuskan untuk jauhkan dan kawal anak dari menggunakan phone. Nak tahu macam mana cara wawa bantu anak untuk tidak bersama telefon setiap hari? Dan alhamdulillah, kini anak wawa sudah tidak berminat dengan telefon, sekadar berbual melalui video call bersama daddynya sahaja.

Jika nak dibandingkan dengan dulu, setiap hari bangun tidur nak telefon, setiap masa nak telefon. Jika tak bagi, dia akan mengamuk umpama kena dera. Menakutkan betul. 

Apa yang wawa buat untuk kawal anak dari phone? 

Apa Yang Wawa Buat Untuk Kawal Anak Dari Phone?


Wawa perkenalkan dengan aktiviti baru. Jika sebelum ini, wawa  cuma ajar menulis dan membaca sahaja. Kali ini, wawa sediakan buku melukis, water coler dan berus. 


Hari-hari request nak melukis. Dia buat sekejap je, mommy yang kena habiskan.😂

Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah. Sejak 2 bulan lau, princess dah tak addicted dengan phone. Dah tak mengamuk macam dulu-dulu kalau tak bagi. 

MasyaAllah, syukur sangat. Satu pencapaian yang wawa rasa tan semua anak dan ibu mampu harungi. 😂

Bayangkanlah, princess memang banyak dengan phone sejak kecil. Sejak baby, mommy dah bervideo call dengan dia. Tunjuk video lagu alif ba taa, shark doo doo, twinkle2 little star, selawat & banyak lagi. Setiap hari, memang wajib dia akan minta. Biasanya wawa bagi 1 jam je sehari. Kadang terlebih-lebih.

Kesan dia, masyaAllah. Princess jadi suka mengamuk. Bila tak dapat sesuatu, dia akan menangis, meraung, sampai kita terpaksa bagi balik. Sedih kan? 

Mommy terpaksa beralah dengan anak. 😂 Sebab tak sanggup nak dengar dia mengamuk. Kah

Sejak 2 bulan lepas, wawa decide tak boleh biarkan nanti kesan jangka panjang boleh bantutkan otak, minda, perangai dia sekali. 



Jadi, apa wawa buat? Nak tahu tak? Hihi.

Wawa jadi katak pekak selama seminggu. Dia merayu, meraung, mengamuk, minta. Wawa tak bagi. Wawa ignore je dia menangis. Cuma itulah, mommy memang kena kuat untuk tak rasa kecian.😂😂

Selepas daddy dia pergi kerja, wawa tak bagi langsung princess pegang phone. Dan wawa juga banyak away dengan phone. Tak pegang sangat, banyak fokus dengan dia.

Ajak dia menulis, membaca, bercerita. Walaupun dia tak layan, wawa cakap sorang-sorang, dia duk main sorang, wawa tetap baca buku dengan excited. Rupanya, dia sambil main , dia dengar.

Then, dia akan tanya balik. Sejak dari hari tu, wawa banyak beraktiviti dengan princess. 

Aktiviti melukis dan mewarna dengan water color ni paling latest laa. Wawa pun seronok, sebab dah lama tak buat kan? Hihi. 

Kadang-kadang, kalau mommy leka dengan phone dia akan datang. Mommy dah laa tengok phone tu, layan adik pula. 😂

Kalau minta dia ambil phone pun, dia tak excited dah nak pegang. Sekadar tengok, ambil gambar then bagi kat mommy balik. 



Itulah ceritanya. 

#princessmommymoment