Assalamualaikum wbt,

Pengalaman Cucuk Vaksin Sinovac mungkin berbeza pada setiap orang. Ada diantaranya mengalami kesan lenguh tangan, sakit dibahagian cucuk, bengkak pada bahagian cucuk, gatal, mengantuk, demam, badan jadi lenguh, tak larat dan sebagainya. 

Pada hari ini wawa akan kongsikan pengalaman wawa sendiri selepas mengambil vaksin sinovac dose pertama pada 15 haribulan Ogos 2021 yang lalu. Pada hari ini, merupakan hari ke sembilan wawa kena cucuk vaksin sinovac.

Pengalaman divaksin, vaksin sinovac, kesan vaksin sinovac

Wawa mendaftar bersama dengan suami dengan jpkk bahagian Paka, jadi agak cepat jugalah jika nak ditunggu panggilan dari apps mysejahtera. 

Pada hari tersebut, diawal pagi wawa mula minum satu sudu vivix, kemudian satu sachet nutriferon dan 2 biji vitamin c untuk persediaan badan menerima vaksin baru.

Jam 11 pagi wawa ke pusat vaksinasi di Sek Men Paka. Alhamdulillah, keadaan yang agak terkawal namun sedikit panas kerana sudah hampir tengah hari. Selepas selesau sesi mendaftar, wawa kena tunggu sekejap sehingga nama dipanggil. Tak sampai 15 minit, nama wawa dipanggil dan masuk ke dewan untuk pengesahan kesihatan oleh nurse, pengesahan no ic di mysejahtera dan seterusnya menunggu untuk divaksin.

Alhamdulillah, waktu menunggu sekejap sahaja lebih kurang jam 11.45 pagi wawa dicucuk. Dan proses menunggu sebentar untuk dapatkan kad. Selesai, boleh balik. 

Pengalaman divaksin, vaksin sinovac, kesan vaksin sinovac

Bermulalah kehidupan seorang yang telah divaksin untuk dose pertama. Alhamdulillah, syukur tiada masalah selepas cucuk, tiada pening dan sebagainya. Sampai di rumah, wawa mula bersihkan diri dan masak kemudian sambung makan. Selepas itu, wawa ambil pula 1 sachet nutriferon dan 2 biji vitamin c.


Ia bermula selepas jam 5 petang. Rasa yang sangat mengantuk tetapi boleh ditahan kerana wawa tak tidur pun sebab ada anak yang sedang aktif kan. Alhamdulillah, selepas jam 7 rasa mengantuk tu beransur hilang. 

Berbeza dengan suami, selepas beliau kena cucuk jam 1 petang, katanya sangat lenguh tangan, sakit bahagian cucuk, mengantuk dan tubuh badan jadi letih. Keadaan suami berlanjutan sehingga 5 hari. Kata beliau, badannya kuat dan cuma ambil vitamin c sahaja. 

Begitulah pengalaman wawa cucuk vaksin sinovac dose pertama, tiada kesan sampingan yang ketara. Alhamdulillah, dose kedua insyaAllah pada 5 September 2021 nanti. Nantikan pengalaman kedua pula. 

Semoga bermanfaat.