Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah thumma alhamdulillah, masyaAllah tabarokallah. Gembiranya hati ini hanya Allah yang tahu. Terima kasih Allah, izinkan saya capai impian tahun 2021 yang saya tulis sejak awal tahun yang lalu.
MasyaAllah, pengenalan wawa dengan vision board bermula selepas wawa join bisnes shaklee. Di dalam bisnes inilah, wawa diajar untuk bina vision board sendiri. Dipaksa untuk menulis impian, menampal dan melihat setiap hari. Apa saja yang kita nak, tuliskan saja. Bagaimana cara Allah nak bagi, itu bukan kerja kita untuk bertanya. Allah pasti berikan dengan jalan yang kita tidak sangka-sangka.
Inilah vision board yang wawa tulis diawal tahun hari ini? MasyaAllah sungguh tak sangka Allah bagi pada hari ini. Syukur Ya Allah. Mungkin ramai yang belum sedar akan kelebihan membina vision board ini.
Alhamdulillah, syukur pada hari ini wawa berjaya miliki sebuah iphone 12 Pro Max 256gb.
Bersama team wawa, kami kongsikan kelebihan membuat vision board, menampal dan melihat setiap hari. Proses ini dinamakan membantu minda bawah sedar kita percaya bahawa, kita boleh dapat dan capai semua ini dengan izin Allah.
Alhamdulillah, syukur Allah izinkan wawa capai impian melalui vision board ini sejak 2016 lagi. Pada tahun 2020, wawa dan suami dapat duduk rumah sendiri tanpa kami membeli melalui bank. Kami bina rumah diatas tanah sendiri, masyaAllah satu pencapaian yang sangat luar biasa.
Baca : Vision Board 2015
Walaupun pada awalnya sangat mustahil, namun bila Allah izinkan insyaAllah tiada yang mustahil. Nak tahu tak apa kelebihan miliki vision board ini?
Kelebihan Membuat Vision Board
- Meningkatkan semangat
- Meningkatkan motivasi
Nak belajar buat Vision Board? Boleh lihat video yang wawa sediakan dibawah.
Semoga bermanfaat.
3 Comments
Wahhh, IP. Tahniah Kak Wawa.
ReplyDeleteMoga tercapai impian-impian yang lain juga. Moga dipermudahkan 💜
Alhamdulillah. Hadza min fadli rabbi. Tq ruby
DeleteAlhamdulillah..tahniah wak. Iphone tu, hadiah kerja keras..
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊