Assalamualaikum wbt,

Kesihatan Mental merupakan salah satu mekanisme penting untuk kita pelajari dan kupas bagi membendung masalah anxiety atau kemurungan, stress dan sebagainya supaya dapat mengurangkan risiko rakyat Malaysia mengidap penyakit mental tanpa disedari.

Akhbar harian Metro melaporkan, hampir setengah juta rakyat Malaysia mengalami simptom depresi pada tahun 2020. Pada tahun 2021 dijangka angka ini melonjak dengan lebih besar berdasarkan situasi yang dialami oleh seluruh rakyat Malaysia kini. Jadi, jom kita teruskan pembacaan tentang kesihatan mental. 

Apa Kaitan Anxiety Dengan Kesihatan Mental | Vitaminwawa



Apakah Kesihatan Mental

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stress kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

Kesihatan Mental merujuk kepada :
  • Cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak
  • Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya
  • Cara kita berinteraksi dengan orang lain

Masalah / Simptom Anxiety Kesihatan Mental


Masalah Kesihatan Mental:
  • Kemurungan
  • Kecelaruan kebimbangan umum
  • Kecelaruan panik
  • Kecelaruan obsesi kompulsif
  • Kecelaruan stress selepas trauma
  • Gangguan tidur

Apa yang mempengaruhi kesihatan mental?

  • Cara / corak asuhan seseorang
  • Tahap pendidikan
  • Agama dan budaya hidup
  • Pengaruh persekitaran (rakan sebaya, guru-guru)
  • Keistimewaan , kelemahan dan pencapaian seseorang
  • Kesihatan fizikal
Kesihatan mental seseorang mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang.

Kemurungan Dan Kaitan Dengan Kesihatan Mental


Apa itu kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta kehilangan minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam dua minggu. 

Penyakit ini boleh dihidapi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Tanda-tanda kemurungan

  • Hilang minat terhadap aktiviti harian
  • Hilang tumpuan terhadap pekerjaan
  • Masalah atau gangguan tidur
  • Perubahan selera makan
  • Penurunan atau peningkatan berat badan
  • Mudah letih
  • Rasa bersalah yang keterlaluan
  • Putus harapan
  • Rasa rendah diri yang keterlaluan

Kemurungan Dan Kaitan Dengan Penyakit Lain

1. Kemurungan Dan Penyakit Jantung

Di seluruh dunia dianggarkan 17 juta kematian setiap tahun akibat penyakit jantung. Di Malaysia 15.2% kematian disebabkan penyakit jantung. Satu daripada dua orang pesakit jantung akan mengalami kemurungan. Setiap serangan penyakit jantung akan menambahkan keterukan kemurungan dan ini akan meningkatkan risiko kematian.

Kemurungan boleh memburukkan lagi keadaan penyakit jantung. Ia boleh menyebabkan:
  • Jantung berdenyut dengan laju
  • Tekanan darah tinggi
  • Darah menjadi bertambah pekat
  • Tahap hormon stress meningkat

2. Kemurungan Dan Diabetes

Di Malaysia, 1 dari 7 orang dewasa menghidap diabetes. Pesakit diabetes mempunyai lebih 3 kali risiko untuk mendapat kemurungan berbanding dengan individu yang sihat.

Bagaimana diabetes mempengaruhi kesihatan mental?

Pesakit diabetes mungkin akan mengalami masalah kesihatan mental akibat:
  • Perasaan bimbang menghadapi masa hadapan
  • Beban penjagaan kesihatan diri yang bertambah
  • Gangguan imbangan semulajadi hormon di dalam tubuh penyakit diabetes akan menyebabkan seseorang mudah mendapat kemurungan

3. Kemurungan Dan HIV/AIDS


Di seluruh dunia, 40 juta orang dijangkiti HIV/AIDS. Di Malaysia lebih 60,000 orang dijangkiti HIV/AIDS. Satu pertiga pesakit HIV akan mengalami kemurungan yang biasa tidak dikesan. Kemurungan mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan juga menyebabkan penyakit HIV bertambah teruk.

HIV/AIDS boleh menyebabkan masalah kesihatan mental melalui:
  • Kesan langsung penyakit kepada otak
  • Stigma penyakit
  • Diskriminasi
  • Perasaan takut kepada kematian

Bagaimana Anda Boleh Membantu Diri Sendiri Dan Orang Lain?


Selain mendapatkan nasihat professional, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu diri sendiri dan orang lain yang menghidap penyakit fizikal. Antaranya:

  • Berkongsi kebimbangan dan masalah dengan orang lain. Anda mungkin merasa lega selepas berkongsi masalah anda.
  • Bertanya kepada doktor anda tentang perkara-perkara yang anda tidak pasti tentang penyakit.
  • Imbangi keperluan kehidupan anda dengan halangan akibat penyakit. Ketahuilah tahap kemampuan anda.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental.
  • Melakukan senaman sebagai aktiviti harian.
  • Amalkan pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat doktor.

Cara Atasi Kemurungan


Selepas dibincangkan panjang lebar diatas, kemurungan adalah suatu keadaan yang boleh mendatangkan keseriusan sehingga menyebabkan pelbagai penyakit dan paling teruk menyebabkan kematian. Sudah pasti tiada dikalangan kita untuk melalui fasa ini, namun ujian setiap orang mungkin berbeza.

Apa yang berlaku adalah ujian dari Allah, sudah pasti kita perlu kembali kepada Allah kepada fitrah iaitu meminta kepada Yang Maha Menyembuhkan.

Bagaimana keadaan ini boleh membantu anda keluar dari masalah kesihatan mental dan kemurungan ini?

1. Back to Allah


Allah tidak memberi sesuatu ujian melebihi apa yang kita dapat tanggung. Allah uji kerana Allah sayang. Allah nak kita kembali kepada-Nya. Allah mahu kita meminta, merintih pada-Nya. Allah rindu dengan kita. 

Jadi, gagahkan diri solatlah. Jangan pernah tinggal solat, jika sebelum ini kita solat dihujung waktu. Kali ini, ubahlah. Solat awal waktu, dengar sahaja azan, tinggalkan segala kerja dunia, utamakan solat. InsyaAllah, pasti kehidupan kita akan berubah.

Jika sebelum ini kita belum pernah bangun tahajjud, kali ini bangunlah. Jam 3 pagi, 4 pagi atau 5 pagi, bangun solat tahajjud 2 rakaat, mintalah pada Allah, hilangkan semua yang kita rasa tak best, kita rasa bimbang dan sebagainya. Serahkan semuanya kepada Allah.

Kita tak mampu nak urus, melainkan atas pertolongan dan rahmat Allah. Jadi, mintalah pada Allah untuk uruskan diri kita, jangan biarkan Allah uruskan diri kita walau sekelip mata.

2. Gaya Hidup Yang Sihat


Kehidupan yang sihat membantu kita keluar dari kemurungan atau stress. Enjoy dengan kehidupan yang Allah aturkan dan yang kita ada. Jangan fikir dengan apa yang kita tidak ada dan belum pernah lalui. Jika apa yang kita fikirkan itu sesuatu yang baik, happy its ok jika nak teruskan. Tetapi jika apa yang difikirkan itu mengundang resah, takut dan sebagainya, jangan fikir.

Apa yang kita lalui ini adalah , apa yang Allah aturkan pada kita, Selalu ucap Alhamdulillah 'alaa kulli hal - Segala puji bagi Allah dalam pelbagai situasi. Wawa yakin, pasti hati kita akan merasa tenang.

3. Pemakanan Yang Sihat


Pengambilan makanan yang sihat sangat penting, kerana ia mempengaruhi mood dan kehidupan setiap orang. Jika apa yang kita makan sihat, segala sistem tubuh badan kita juga berfungsi dengan sihat. Jika pengambilan makanan yang kurang sihat, ia akan mempengaruhi kehidupan kita bukan hanya pada fizikal malah mental kita juga.

Jadi, penting untuk ambil makanan yang sihat, perbanyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan amalkan pemakanan suku-suku separuh. Jika tidak mampu, ambillah supplemen sebagai pelengkap nutrisi badan anda.



Jika ada diantara kalian mahupun ahli keluarga terdekat yang menghidapi masalah murung, anxiety dan sebagainya, boleh recommendkan mereka atau belikan pada mereka set ini. Untuk dapatkan set anxiety shaklee ini, boleh klik link whatsapp di bawah.





Jika anda berminat untuk menjana income shaklee dengan mudah, boleh baca disini terlebih dahulu. Mudahnya Buat Bisnes Shaklee 2020.


Hubungi kami;


Page FB : Kedai Vitamin Ketengah Jaya Paka 019-9966576
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka
Pengeposan ke seluruh Malaysia





Selepas anda mendaftar di form diatas, anda perlu mengaktifkan keahlian terlebih dahulu untuk membolehkan anda menikmati harga diskaun keahlian sebanyak 20% dan anda secara automatik juga boleh menjadi agen.