Assalamualaikum wbt,

Pertumbuhan kanak-kanak membesar dengan sangat cepat, begitu juga perkembangan otak mereka. Setiap hari otak kanak-kanak berkembang dengan pesat dan berubah dengan begitu pantas. Namun, sebagai ibu bapa kita perlu memberikan makanan yang sesuai untuk membantu dalam proses perkembangan dan pertumbuhan otak dengan lebih sihat.

Pemakanan harian mereka sangat penting, menurut psikiatri Drew Ramsey, MD pengarang bersama The Happiness Diet dan Fifty Shade of Kale mengatakan di awal pertumbuhan kanak-kanak pemakanan yang sihat sangat penting untuk perkembangan otak kerana ia mempengaruhi fokus dan kemahiran kognitif.

Pada hari ini, wawa akan kongsikan 7 makanan untuk otak yang sihat supaya dapat membantu menajamkan dan mengembankan otak dengan baik.


7 Makanan Untuk Otak Kanak-Kanak Lebih Sihat, Vitamin untuk kanak-kanak, supplemen untuk kanak-kanak, nutrisi untuk kanak-kanak


7 Makanan Untuk Otak Kanak-Kanak Lebih Sihat 

1. Telur

Protein dan nutrien dalam telur membantu konsentrasi kanak-kanak. Protein merupakan asaa penting untuk pertumbuhan sel dibahagian otak. Penyediaan telur hancur bersama roti atau tortilla dapat memberikan protein dan karbohidrat dalam satu masa. Pengambilan telur setiap pagi mampu memberikan tenaga kepada kanak-kanak setiap hari di awal pagi.


2. Yogurt Yunani

Lemak penting untuk kesihatan otak. Menurut Laura Lagano, Yogurt Yunani penuh dengan lemak (yang mempunyai lebih banyak protein daripada yogurt lain) dapat membantu menjaga sel otak dalam keadaan baik untuk menghantar dan menerima maklumat.

3. Sayuran Hijaun

Dikatakan sayuran hijau penuh dengan folat dan vitamin, bayam dan kangkung dapat mengurangkan  demensia yang lebih rendah pada masa akan datang. Kale atau daun kobis adalah makanan super, penuh dengan antioksidan dan lain-lain yang membantu pertumbuhan sel otak baru kanak-kanak.

4. Ikan

Ikan adalah sumber vitamin D dan omega-3 yang baik, yang melindungi otak daripada penurunan kemahiran mental dan kehilangan ingatan. Salmon, tuna, dan sardin kaya dengan omega-3. Semakin banyak omega-3 yang kita dapat bekal ke otak, semakin baik ia berfungsi dan meningkatkan fokus dan tumpuan kanak-kanak." kata Bonnie Taub-Dix, RD, pengarang Read It Before You Eat It.

5. Kekacang

Gabungan bersama protein, asid lemak penting, vitamin dan mineral, kekacang dan biji-bijian dapat meningkatkan mood dan menjaga sistem saraf dibahagian otak kanak-kanak.

6. Oatmeal

Oatmeal kaya protein dan serat membantu menjaga arteri jantung dan otak berfungsi dengan baik. Dalam satu kajian, anak-anak yang makan oatmeal manis melakukan tugas sekolah yang berkaitan dengan ingatan lebih baik daripada mereka yang makan bijirin bergula.

7. Epal Dan Plum

Kanak-kanak lebih cenderung untuk makan gula-gula, terutamanya ketika mereka berusia 3 hingga 7 tahun, namun begitu ia bukanlah jajan yang bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Epal dan plum adalah sangat bagus untuk dimakan dan mengandungi quercetin, antioksidan yang dapat melawan penurunan kemahiran mental.

Baca tentang:

Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Vitalea for Kids - Multivitamin untuk Kanak-Kanak