Tuesday, 6 July 2021

7 Manfaat Buah Elderberry Untuk Kesihatan | Vitaminwawa

Assalamualaikum wbt,

Terdapat pelbagai manfaat buah elderberry hingga dijadikan supplemen untuk tingkatkan kesihatan imun. Elderberry adalah buah beri super yang tertua diantara buah beri dan menjadi ubatan herbal seluruh dunia terutamanya di Amerika dan Eropah.

Life Shake Elderberry Shaklee , Manfaat elderberry
Manfaat Elderberry Untuk Kesihatan

Elderberry adalah buah yang berasal dari semak elderberry. Saiznya yang kecil mengandungi berbagai vitamin, mineral dan nutrisi yang baik untuk kesihatan badan.

Buah elderberry dipenuhi dengan nutrien antioksidan yang tinggi,
  • Antosianin polifenol
  • Asid fenolik
  • Flavanol
  • Vitamin A, B dan C

Manfaat Elderberry untuk Kesihatan


Elderberry telah lama digunakan sebagai ubat tradisional oleh masyarakat orang asli di Amerika Syarikat. Mereka menggunakan elderberry sebagai ubat mencegah infeksi, manakala orang Mesir Kuno menjadikan untuk mengatasi luka terbakar.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai manfaat buah elderberry untuk kesihatan. Antaranya,

1. Kaya Dengan Antioksidan

Flavonoid yang terkandung dalam buah elderberry dianggap boleh membantu melindungi sel kulit dan mengatasi masalah kulit kerana memiliki sifat antioksidan yang tinggi dan antiperadangan. 

2. Mengatasi Masalah Jerawat 

Flavonoid dalam buah elderberry memiliki sifat antionflamasi, antiseptik dan antioksidan untuk melindungi 
sel-sel kulit dari serangan radikal bebas yang mengundang kepada masalah jerawat. Antiseptik yang terdapat di dalam elderberry juga membantu melawan pertumbuhan jerawat.

3. Mengatasi Gejala Demam Dan Selsema

Buah elderberry digunakan sejak turun temurun untuk meningkatkan kekebalan tubuh untuk mengatasi flu, selsema dan demam. 

4. Mengurangkan Kekerapan Demam Dan Selsema


Nutrien yang terkandung dalam buah elderberry dapat membantu mempercepatkan pembaikan demam dan selsema. Selain itu juga, ia dapat mengurangkan kekerapan demam dan selsema. 

5. Mengatasi Keradangan


Antosianin yang terkandung dalam elderberry dipercaya dapat mengurangkan keradangan dalam tubuh. Manfaat antosianin dalam elderberry ini dapat mengatasi rasa sakit , bengkak, sakit gigi, luka dan sebagainya.

6. Mengurangkan Kedutan Wajah 


Elderberry mengandungi antioksidan dan vitamin A tinggi yang bermanfaat mengatasi wajah berkedut. Manfaat vitamin A membantu menegangkan kulit, melembutkan, mengatasi bintik-bintik jeragat serta mencegah penuaan wajah. 

7. Mencegah Infeksi Dan Penyakit


Kandungan Antioksidan yang tinggi dalam elderberry juga memberi manfaat untuk mencegah infeksi dan penyakit. 




0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊