Assalamualaikum wbt,

Pernahkah anda terfikir apakah kebaikan dan khasiat madu untuk kesihatan? Bagaimana madu membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan seseorang? Di dalam surah An-Nahl, Allah menyebut tentang lebah dan madu. 

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

(Surah An-Nahl : Ayat 68-69)

Berdasarkan ayat ini, menunjukkan bahawa Madu merupakan salah satu makanan sunnah yang disebut di dalam alquran dan terbukti mengandungi penawar berbagai-bagai penyakit untuk manusia.



Apa Itu Madu?

Madu adalah sejenis manisan semulajadi dihasilkan oleh jenis lebah tertentu hasil pegambilan Nektar Bunga ketika bunga-bungaan menjalankan pendebungaan.

10 Kebaikan & Khasiat Madu Untuk Kesihatan


Terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat madu untuk kesihatan dan kecantikan. Tidak hairanlah madu menjadi makanan sunnah yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia terutamanya yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, tidak kiralah tua mahupun muda malah, kanak-kanak juga turut suka makan madu.

Antara Khasiat Madu adalah :

1. Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan

Pengambilan madu secara konsisten dan dos yang betul dapat membantu meningkatkan sistem imun badan. Ia dapat meningkatkan kekuatan badan serta melawan serangan virus seperti influenza.

2. Antioksidan Yang Tinggi

Madu mengandungi anti-oksidan yang sangat tinggi dimana dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menghalang pembentukan bintik-bintik hitam di wajah. Pengambilan madu yang berterusan dapat melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas dimana penyebab kepada kerosakan kulit.

3. Mengatasi Sakit Tekak

Apabila batuk, kita disarankan untuk mengambil madu bersama dengan air suam bagi melegakan batuk. Tahukah anda, doktor turut menyarankan pesakit yang mengalami masalah sakit tekak, batuk supaya mengamalkan minum madu setiap pagi. Ia boleh mengurangkan keradangan dibahagian tekak.


4. Mencegah Dan Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Madu merupakan makanan yang tinggi kandungan antioksidan, dapat melindungi dari penyakit jantung, dan madu juga dapat memperbaiki tahap kolesterol. Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).


5. Bekalkan Tenaga

Pengambilan Madu setiap pagi sebelum sarapan membantu meningkatkan tenaga dan stamina. Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik. Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam. Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.

6. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Menurut pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat. Terdapat cadangan yang mengatakan, untuk mengurangkan berat, anda boleh mengambil sesudu madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi. Mengambil madu sebagai perkara pertama dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme, yang mana membantu untuk mengurangkan berat dengan lebih pantas.

7. Membantu Dalam Penyembuhan Luka

Madu juga bersifat anti-bakteria dan antiseptik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar dengan memberikan kelembapan dan meningkatkan aliran nutrien pada bahagian yang berkenaan.

8. Meningkatkan Metabolisme

Kandungan nutrisi seperti vitamin, protein, asam amino, karbohidrat, pigmen tumbuhan dan mineral di dalam madu yang membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh.

9. Mengatasi Sembelit

Madu memiliki kandungan yang sangat positif terhadap sistem pencernaan kerana madu memperkuat usus dan sentiasa mempersiapkan pencernaan kita untuk makanan berat yang diambil agar terhindar dari sembelit.

10. Melawan Bakteria Dan Membunuh Kuman

Madu juga dikatakan berkesan untuk membunuh kuman (patogen) seperti E.coli dan methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), yang boleh menyebabkan jangkitan kulit. 

10 Jenis-Jenis Madu

Terdapat pelbagai jenis madu yang terdapat di dunia ini yang membantu meningkatkan kesihatan dan memberi manfaat untuk kesihatan. Terdapat beberapa jenis madu yang wujud iaitu:

1. MADU KELULUT



Madu beraroma tinggi dihasilkan oleh lebah ternak Meliponines dari nektar pelbagai bunga (Multiflora Honey). Madu yang dihasilkan kebiasaannya memberi aroma berkayu dan rasanya sedikit masam dan tajam. Spesis lebah ini hidup liar di hutan-hutan dan di dalam batang-batang pokok berlubang; namun begitu, lebah spesis ini boleh diternak untuk mendapatkan hasil madu.

2. MADU TUALANG



Madu beraroma tinggi yang dihasilkan oleh lebah liar Apis dorsata dari nektar pelbagai bunga hutan (Multiflora Honey). Madu yang dihasilkan kebiasaannya memberi aroma bungaan dan rasanya agak manis dan tajam.

3. MADU AKASIA

Madu beraroma tinggi ini dihasilkan oleh lebah import Apis mellifera dari manisan pucuk daun muda (Honey Dew) pokok akasia.  Madu yang dihasilkan aroma bungaan dan rasanya agak manis. Spesis lebah ini menjadi pilihan penternak untuk menternak bagi menghasilkan madu kerana saiznya agak besar berbanding lebah kampung Apis cerana.

4. MADU MANUKA

Madu Manuka merupakan madu yang diimport dari New Zealand, negara utama untuk pengeluaran madu. Rasanya manis dan teksturnya lebih tebal berbanding madu lain. Ianya diperoleh dari pokok Manuka.

5. MADU PROPOLIS



Madu Propolis adalah apabila lebah menggabungkan getah dengan cecair mereka sendiri, mereka menghasilkan produk coklat kehijauan melekit yang digunakan sebagai lapisan untuk membina sarang mereka.

Madu propolis merupakan madu yang diperoleh dari nektar pokok. Propolis ini juga turut digunakan dalam bidang perubatan tradisional untuk merawat dan mencegah penyakit. Ia juga bagus untuk kecantikan kulit.

6. MADU SEMANGGI


Madu semanggi atau dikenali dengan nama clover honey adalah sirap manis dan tebal yang dihasilkan oleh lebah madu yang mengumpulkan nektar dari tanaman semanggi. Madu ini mempunyai rasa manis dan sedikit masam. Warnanya pula kuning keemasan, namun ada juga yang berwarna kuning cair. Rasanya manis dan sedikit masam.

7. MADU RATU LEBAH


Madu jenis royal jelly ini merupakan rembesan lebah madu yang digunakan dalam pemakanan larva, serta ratu dewasa. Disebabkan itu, ianya turut dikenali dengan nama madu ratu lebah. Warna dan tekstur madu ratu lebah ini bergantung kepada persekitarannya. Apabila terkena udara, royal jelly boleh berubah dari putih atau kuning berkrim menjadi coklat gelap. Teksturnya nipis, namun boleh berubah menjadi sedikit tebal.

8. MADU SIDR


Madu Sidr ini adalah jenis madu yang diperoleh dari Lembah Hadramaut, Yaman. Ia dihasilkan oleh  lebah yang menyimpan madu di bunga-bunga Sidr. Nektar yang dihasilkan di dalam bunga Sidr sangat kuat dan penuh dengan nilai pemakanan yang menyumbang kepada kualiti perubatan madu. Rasanya yang manis dan aroma yang cukup harum menjadikan masu sidr antara madu yang terbaik di dunia.

9. MADU ELVISH


Agaknya madu apa yang paling mahal di dunia? Madu tersebut ialah madu Elvsh, sejenis madu yang berasal dari Turki. Ia diperoleh dalam sebuah gua di mana lebah akan menghasilkan membuat madu kaya mineral yang berkualiti tinggi di dinding sfera di timur laut Turki. Pendaki profesional akan diperlukan untuk mengekstraknya. Kawasan gua ini juga kaya dengan tanaman yang digunakan untuk perubatan, jadi kualitinya memang tinggi.

10. MADU SUBUR

Madu Subur


Tahukah anda bahawa terdapat MADU SUBUR?

Madu subur adalah madu yg diformulasi khas untuk pasangan yang belum mendapat zuriat, wanita pre-menopaus yang mahu menstabilkan hormon dan juga boleh diamalkan oleh wanita yang mengalami masalah sakit wanita seperti fibroid, cyst dan pelbagai lagi.

Madu Subur mengandungi bahan-bahan utama, iaitu: 
  • Madu Gunung YEMEN Yemeni 
  • Royal jelly 
  • Propolis 
  • Dates pollen 
  • Natural Arabic gum ( ACACIA) 
  • Natural dried Ginseng 
  • Natural dried Ginger 
  • ROSMARY 
  • Kacang campur ( pistachio, cashewnut, almond.
  • Beberapa jenis rempah

Cara Pengambilan Madu Subur : 1 - 2 sudu tea / hari

Waktu Pengambilan : Madu Subur sangat bagus di ambil selepas waktu Subuh 6:00 pagi dan selepas Isyak 7:30 malam.

Manfaat Utama Madu Subur
  1. Meningkatkan kesuburan lelaki (dengan meningkatkan jumlah sperma) dan wanita (dengan rangsangan pembiakan ovari)
  2. Meningkatkan libido (untuk kedua-duanya)
  3. Meningkatkan peredaran darah.
  4. Bermanfaat untuk ejakulasi pramatang
  5. Baik untuk penghadaman
  6. Sumber vitamin yang baik.
Madu Subur dan pelbagai jenis madu gunung yang datang dari pergunungan Yemen yang tiada pencemaran boleh didapati di www.arabianvillage.my.