Assalamualaikum wbt,

Permohonan i-Sinar telah dibuka sekarang. Ramai yang sedang tertungu-tunggu bilakah waktunya permohonan i-Sinar boleh dilakukan. 

Permohonan i-Sinar Telah Dibuka Bermula Sekarang


Ye kawan-kawan, anda sudah boleh hantarkan permohonan mengeluarkan RM10,000 dari simpanan KWSP amda iaitu i-Sinar bermula sekarang di website i-Sinar ini.


Ramai yang terkesan dengan pandemik covid-19 sejak awal tahun 2020 hingga sekarang. Dianggarkan lebih 800,000 rakyat Malaysia yang telah kehilangan pekerjaan. 

Bagi meringankan bebanan ekonomi rakyat Malaysia, kerajaan bersetuju memberi kebenaran pengeluaran wang simpanan kumpulan pekerja (KWSP) melalui i-Sinar.


Cara Memohon i-Sinar

Cara memohonnya juga sangat mudah, anda hanya perlu memasukkan no pengenalan diri (ID Card) dan no telefon yang aktif.

                           

Selepas masukkan no Mykad dan nombor telefon bimbit, klik butang teruskan dan ikut sahaja arahan yang diberikan. Anda boleh memilih berapa jumlah yang ingin anda keluarkan.

Kemudian klik hantar diakhir proses ini. Anda akan mendapat notis pemberitahuan permohonan anda diterima dan tarikh keputusan permohonan i-Sinar anda.

Ok semua, semoga dipermudahkan urusan kalian.