Assalamualaikum wbt,
7 Amalan Dan Doa Ketika Hamil | Ketika hamil, ibu ayah digalakkan untuk memperbanyakkan doa dan amalan yang baik-baik supaya menjadi kemudahan kepada isteri dan anak yang dikandung. Anak yang terbaik haruslah dibentuk sejak di dalam kandungan lagi.
Bagaimanakah cara untuk kita membentuk anak sedari dalam kandungan lagi? Mudah sahaja sebenarnya, Allah swt menyuruh umatnya untuk berdoa seperti dalam ayat dibawah ini.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada-Ku nescaya Aku akan mustajab kan doa kamu semua.
Surah Ghafir (60)
Demikian juga ayat di atas menunjukkan bahawa Allah S.W.T bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan. Kata Khalid Al-Rib’ie: ‘’Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka : Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan. Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya’’. Rujuk Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi (15/292).
Meskipun begitu, seseorang yang berdoa itu hendaklah sentiasa optimis dan yakin dalam berdoa. Dari sudut dia berdoa dalam jiwa yang penuh hadir, khusyuk, serta tunduk kepada Allah S.W.T. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa.
Riwayat al-Tirmizi (3479)
7 Amalan Dan Doa Ketika Hamil
Antara zikir dan doa yang boleh diamalkan ketika hamil ialah :
1. Doa mendapatkan keturunan yang baik (QS. Ali Imran 38)
Surah Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38mempunyai potongan doa ibu hamil yang sangat bagus dilafazkan semasa kehamilan.
“Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa”
Ertinya:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:
”Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
2. Doa Nabi Yunus a.s
Doa yang sunat dibaca oleh ibu hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya’ ayat 21
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”
3. Doa Memohon Anak Anak Yang Soleh & Solehah
“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”
4. Doa Memohon Anak Soleh (QS. Ali Imran 35-36)
Memiliki anak soleh dan solehah tentu menjadi impian hampir setiap orang muslim. Ini kerana doa anak yang soleh dan solehah tidak akan putus kepada kedua orang ibu bapanya walaupun selepas mereka meninggal dunia.
Hal inilah yang mendorong para ibu mendoakan anak anak mereka, bahkan sejak dari anak di dalam kandungan lagi / dalam rahim.
Anda yang ingin berdoa agar mendapat anak soleh dan solehah dapat membaca potongan ayat dalam surat Ali Imran 35-36, yang berbunyi:
“Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami’ul alim”
Ertinya:
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
5. Doa memohon keturunan yang menenangkan hati (QS. Al Furqan 74)
Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi idaman pasangan suami isteri. Jika menginginkan hal sama, anda boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi:
“Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a’yuniw waaj’alnaa lilmuttaqiina imaaman”
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Al-Furqaan 25:74)
7. Doa agar anak rajin solat dan bertakwa (QS. Ibrahim 40)
Salah satu kayu aras yang mengukur ketaqwaan seorang penganut agama Islam adalah solat yang dia lakukan seharian.
Jika anda inginkan seorang anak yang bertakwa sekaligus tidak pernah meninggalkan kewajiban solat dapat membaca QS.
Di dalam surah Ibrahim ayat 40, amalkan membaca ayat ini sejak mengandungkan anaklagi mudah mudahan anak anak kita akan menjadi orang yang istiqamah mendirikan solat:
“Robbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa”
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.”
Kredit info : akuislam & muftiwp
Baca Artikel Berkaitan :
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊