Assalamualaikum wbt,
10 Resepi Kek Pisang Sedap Dan Lazat Semudah ABC | Tak sangka buat kek pisang ni semudah ABC sahaja. Petang ini kakak mommy datang rumah, dia lihat ada pisang atas meja. Terus dikupas kulit, diblend, di campur tepung, serbuk penaik, teluar, gula dan sebagainya. Tetiba bila masuk dapur balik, ehh dah siap kek pisangnya.
Ya Allah, tak pernahkan terfikir nak buat kek pisang sedap dan lazat semudah ABC. Asyik beli je kat kedai bila nak makan, padahal pisang ada di dapur kalian. Kali ini, apa kata anda cuba resepi kek pisang dari blog mommy yang semudah ABC dah boleh makan dengan gembira bersama keluarga.
Lihat Gambar Kek Mommy yang dah siap : KEK PISANG
10 Resepi Kek Pisang Sedap Dan Lazat Semudah ABC | Tak sangka buat kek pisang ni semudah ABC sahaja. Petang ini kakak mommy datang rumah, dia lihat ada pisang atas meja. Terus dikupas kulit, diblend, di campur tepung, serbuk penaik, teluar, gula dan sebagainya. Tetiba bila masuk dapur balik, ehh dah siap kek pisangnya.
Ya Allah, tak pernahkan terfikir nak buat kek pisang sedap dan lazat semudah ABC. Asyik beli je kat kedai bila nak makan, padahal pisang ada di dapur kalian. Kali ini, apa kata anda cuba resepi kek pisang dari blog mommy yang semudah ABC dah boleh makan dengan gembira bersama keluarga.
Lihat Gambar Kek Mommy yang dah siap : KEK PISANG
10 RESEPI KEK PISANG SEDAP DAN LAZAT SEMUDAH ABC
1. RESEPI KEK PISANG WALNUT
Bahan-bahan : (Loyang 9"×9")
250gm Butter
140gm Gula
4 biji telur gred A
270g tepung gandum
1 camt esen vanila
6 biji pisang berangan - di lenyek
1 tbsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam
50g walnut - cincang
50g coklat rice (terpulang nak letak banyak mana)
Cara membuatnya:
- Putar butter dan gula hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar rata.
- Masukkan esen vanila. - kemudian masukkan pisang lenyek tadi. Putar sehingga sebati.
- Masukkan tepung yang telah di ayak bersama dengan baking powder, soda bikarbonat dan garam.
- Putar. Kemudian masukkan coklat rice dan walnut.
- Kaup balik menggunakan spatula.
- Masukkan dalam loyang. ( nak letak pisang hiris sebagai hiasan kat atasnya pun boleh.)
- Bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 30 minit. Atau mengikut kepanasan oven masing.
Resepi Asal : Ninamahdar
2. KEK PISANG GEBU & MOIST
BAHAN-BAHAN
2 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
* ayak semua sekali
4 bj pisang berangan / 7-8 bj pisang emas (akak guna 10 bj pisang emas)
1 cwn minyak (akak guna minyak jagung)
1 cwn gula
3 bj telur
* blend semua
CARA-CARA
- Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
- Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
- Alaskan loyang dengan kertas minyak,(akak guna loyang 9×9). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau hingga masak. Kalau kukus, dalam 45 minit. (akak bakar 40 minit).
Resepi Asal : Cikjatt_Khalid
3. RESEPI KEK PISANG CHIPSMORE
Bahan-Bahan:
4 biji pisang sederhana besar
3 bj telur
1 sk perisa vanilla
1 cwn minyak
3/4 gula perang
(Blend sume bahan kat atas)
2 cwn tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 sk soda bikarbonat*
3 sb susu tepung
( Ayakkan bahan bertanda *)
Caranya:
Campur je semua bahan blend & bahan kering. Kacau sebati. Mama campurkn lagi choc chip. Kacau lagi. Da sebati tuang dlm loyang. Hias dgn choc chip & hirisan pisang. Then bakar. Suhu 180°c 40-50mnt.
Resepi Asal : ezazaini
4. RESEPI KEK PISANG MARBLE
Bahan-Bahan:
350g pisang
3 biji telur
230g gula perang
150g minyak
80g susu fullcream
1 sdt esen pisang
Sedikit garam
***blend semua bahan diatas guna blender .
.
350g tepung gandum
2sdt baking powder
1sdt soda bikarbonat
2sdb susu tepung
2sdb cocoa powder
Cara-Cara:
- Satukan bahan blend kedalam bahan kering, untuk marblekan, bahagi 2 bahagian, 1 bahagian tambah 2sdb cocoa powder.. Atas boleh letak walnut/chov chips/almond atau ikut pilihan masing2.
- Bakar 180’c, 40min
- Dapat 2 loaf pan mcm dlm gambar.. boleh buat half atau olah ikut kehendak masing2 ye.
Resepi Asal : Bakerista.Azma
5. KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN
4 bj pisang emas - lecek (akak guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 bj telur gred A
1 sb jus limau nipis (akak tak letak)
1 sk esen vanila
Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
CARA-CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
2. Mix gula, telur dan minyak hingga putih @ kembang. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak, sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.
Resepi Asal : Cikjatt
6. RESEPI APAM PISANG MONTOK TERLAMPAU GEBU
Bahan-Bahan:
250g pisang kapas*
200g gula*
1/4 sk garam*
*Lenyek menggunakan garfu dan perap sekurang2nya 15 minit, lagi lama lagi elok sebab warna kek akan lebih gelap dan cantik, tahan semalaman atau lebih dalam peti sejuk.
180g tepung gandum^
3/4 sk baking soda^
1/4 sk serbuk coklat - opt^
*Ayak kalau rajin, kalau tak terus masukkan dalam pisang lenyek tadi kacau sebati guna senduk kayu je. Lepas tu baru masukkan
100g minyak masak•
2 bj telur•
1/2 sk esen vanila/pisang•
Cara-Cara:
Kacau sampai sebati pastu cedok masuk dalam acuan lompang yang dialas dengan papercup saiz m hampir penuh. Tutup tudung pengukus dengan kain. Kukus api besar. Biar je ngam2 15 minit tutup api terus angkat n keluarkan dari acuan. Kalau lebih masa dia akan merekah. Dapat dalam 30 biji kek pisang montok gebu dan moist. Memang sedap yakmat.
Resepi Asal : Nahces_cookies
7. RESEPI KEK PISANG SALJI
Bahan2:
4-5 biji pisang emas dilecek
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung
1 cawan minyak
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Esen vanilla
Secubit garam
Cara2:
Panaskan oven pada suhu 170 darjah. Lecekkan pisang dan biarkan seketika untuk mendapat warna lebam yg cantik. Putarkan gula, minyak, telur dan esen vanilla sehingga kembang. Ayakkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan yg dipukul sebentar tadi. Masukkan garam dan putar kesemua bahan sehingga sebati. Griskan permukaan loyang dan letakkan baking paper. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah selama 45-60 minit bergantung kepada oven masing2.
Resepi Asal : Idzaradelights
8. RESEPI KEK PISANG EMAS
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang emas masak | dilenyek
1 ½ cawan tepung gandum | diayak
250 gm gula kastor
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung
1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Satukan gula, telur, minyak serta esen vanila dan pukul hingga putih.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda dan serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar dalam ketuhar pada suhu 170’c selama 40-60 minit atau hingga masak.
Resepi Asal : Resepi Kek Pisang fb
9. RESEPI KEK PISANG MUDAH & SEDAP
2 cawan tepung gandum (sila guna yg berkualiti, maaf trpksa jujur tp gandum yg cap kunci 1 mlysia tu xelok sngt)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang masak (warna kuning tu haaa...lenyekkan)
½ cawan minyak masak (sue guna minyak jagung lagi gebu sedap dan sihat!hehe)
2 biji telur
esen vanilla
cara caranya :
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.
- seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang.
- Pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi.
- Akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati.
- Tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam).
- Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan....lepas tu boleh la nak ngap pon!
10. RESEPI KEK PISANG MACAM KAT KEDAI
Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cawan gula kaster
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)
Bahan ayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan lain:
1 sudu besar jus limau nipis (tak letak)
1 sudu kecil esen vanila (guna vanilla extract)
Cara cara:
- Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
- Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5 minit @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
- Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
SELAMAT MENCUBA!
5 Comments
dapat kek pisang time berbuka pun best jugak ni. nak buat tp xde peralatannya.
ReplyDeletewahhhh semua sedapppp. saya pun suka sangat makan kek pisang, lagi2 yang moist.
ReplyDeleteSedapnya kek pisang. Ruby suka jugak ni. Hee 🤤🤤
ReplyDeleteTertarik dengan kek pisang ada coklat tu. Nyummy.
Done follow wawa ya #457
wahhh best niii..done follow blog..
ReplyDeletedlm fam saya.. saya je suka kek pisang haha.. mak n ayah kureng gemar
ReplyDeletetapi tula tatau mana blajar makan. orang kata tips nak lagi moist lepas da bakar tu simpan dlu 2 hari ke.. lagi lembab tapi tataula x penah buat.
tapi snggop ke tunggu 2 hari lepas da bakar?
ya Allah ujian haha..
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊