Assalamualaikum wbt,
Resepi Tepung Pelita Untuk Berbuka | Kuih tepung pelita memang sinonim bila tiba bulan ramadhan. Kuih yang menjadi lagenda apabila tiba bulan puasa. Jika pergi ke bazar pasti banyak yang anda temui adalah kuih tepung pelita. Jika kebiasaan bulan ramadhan, kita tidak perlu bersusah payah untuk membuatnya. Tapi kini, bulan ramadhan disambut berbeza tiada lagi bazar ramadhan.
Jadi, apabila teringin nak makan kuih tepung pelita, apakah caranya yang paling mudah? Jom cuba resepi kuih tepung pelita dibawah.
6 RESEPI TEPUNG PELITA MUDAH DAN SEDAP
1. Resepi Tepung Pelita
Resepi Asal : Zubaidah Zakaria
TEPUNG PELITA
LAPISAN BAWAH - HIJAU
1cwn tepng beras
1cwn gula pasir
4cwn air
1cwn air dikisar bersama 4 helai daun pandan - tapis
1sd mkn air kapur
2sd mkn tpng ubi
pewarna hijau
CARA :
- Sebelum itu masukan 1/2sd teh gula pasir ke dalam kotak daun pisang @ bekas plastik kecil, ketepikan.
- Satukan semua bhn hingga sebati, kalau berketul, tapis.
- Masak guna api sedrhana, kacau selalu & masak hngga adunan berkilat & adunan betul2 masak, angkat.
- Ambil 2 sudu besar & masukan ke dalam kotak daun pisang @ bekas plastik, ketepikan
LAPISAN ATAS - PUTIH
4sd besar rata tepung beras
4cwn santan dr 1bj kelapa
1-2sd teh garam
CARA :
- Satukan semua bhn hingga sebati, kalau berketul, tapis.
- Masak guna api sederhana, kacau selalu & masak hingga adunan berkilat & betul2 masak, angkat.
- Ambil 2 sd besar & sudukan keatas lapisan hijau.
- Sejukkan, untuk lebih enak dinginkan dalam peti ais.
- CARA SAYA - selepas siap kedua2 lapisan saya akan kukus sekejap, 3-5 minit, lagi best. Kalau ikt resepi asal yang saya tanya dari orang-orang lama, kedua2 lapisan terus dikukus tanpa dikacau dulu, tapi sekarang dah ada cara yang senang.
2. Resepi Tepung Pelita
Resepi Asal : Normah Yunus
Resepi Tepung pelita mak de.
(sediakan kelongsong )
Bahan A
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
5 cawan air pandan
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Bahan B
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
6 cawan santan pekat
Sedikit garam
Sedikit gula untuk terbit lemak santan
Cara-Cara:
Satukan bahan A kacau atas api sehingga berkilat tutup api. Sebelum itu pastikan kelongsong di isi kan gula ikut manis yg di suka kemudian tuangkan adunan kedalaman kelongsong biarkan sejuk.
Satukan bahan B kacau atas api sampai meletup letup seimbang kan rasa. Tutupi api. Tuangkan adunan kedalaman kelongsong yang telah di isi adunan A pastikan adunan A telah sejuk barulah masukkan adunan B siap selamat mencuba.
3. Resepi Tepung Pelita
Resepi Asal : Samcina Abdghani
RESEPI TEPUNG PELITA
Lapisan bwh(hijau)
1cawan tepung jagung
1cawan gula
1cawan air pandan(blend daun pandan bersama secawan air pstu tapis)
sedikit pewarna hijau(tak letak pn bole tapi jd hijau pudar)
4cawan air biasa
Cara-cara;
- Campur semua bahan diatas pastu kacau hingga sebati(jgn buka api lg).
- Kemudian buka api dan kacau tanpa henti dengan 1 arah ja.pastu dah likat sampai adunan letup² tutup api tuang dalam bekas biar sejuk.
Lapisan atas(santan)
1cawan gula
1cawan tepung jagung
1kotak santan 200ml
secubit garam utk rasa lemak
5cawan air biasa
Cara-cara;
- Campur semua bahan diatas pastu kacau hingga sebati(jgn buka api lg).
- Kemudian buka api dan kacau tanpa henti dengan 1 arah ja.pastu dah likat sampai adunan letup² tutup api tuang atas lapisan hijau.
#Bahagian tengah sblm letak lapisan putih,kakak tabur gula dan letak jagung...selalu letak sengkuang cina..Sbb PKP ni kita letak apa yang ada je.
4. Resepi Tepung Pelita
Resepi Asal : Ana Jingga
Resepi tepung pelita
Bahan untuk lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air kisaran daun pandan
4 cawan air
Secubit garam
Cara:
Adun dan didihkan atas api perlahan hingga masak. Tuangkan ke dalam acuan atau kelongsong daun pisang ( sampan )
.
Bahan untuk lapisan putih :
4 cawan santan - saya guna Santan Kelapa @ayambrandmy
4 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara-Cara:
- Sama proses di atas kacau hingga pekat dan didih.
- Taburkan sedikit gula atas lapisan hijau dan tuangkan lapisan putih santan.
- Sejukkan dan sedia untuk di nikmati..
5. Resepi Tepung Pelita
Resepi Asal : Rohana Yaacob
Resepi Tepung Pelita
Langkah pertama:
Susun bekas dadih dan letak sesudu teh gula @ ikut suka kalau nak kurang manis.
Bahannya:
(Bahagian bawah - hijau)
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan air daun pandan - jangan pekat sangat nanti jadi pahit + sedikit pewarna hijau
1/2 cawan gula
Cara-Cara:
- Bancuh sebati dan tapis + kacau atas api sederhana + biar pekat dan naik gelembong belom sudah dikira masak.
- Letak dalam bekas yang diletak gula tadi.
Bahannya:
(Bahagian atas - putih)
1/2 cawan tepung beras
6 cawan pati santan @ kara 2 kotak kecil
2 sudu besar tepung jagung
Sesudu teh garam
4 sudu besar gula
Cara-Cara:
- Bancuh sebati dan tapis + kacau atas api sederhana + biar pekat dan naik gelembong belum sudah dikira masak.
- Letak dalam bekas hijau tadi + biarkan sejuk dulu sekejap + tutup bekas + masuk dalam peti ais + dah boleh makan sejuk-sejuk.
- Dah buat tunjuk kat ummi ya...ummi nak tengok jadi ke tak
6. Resepi Tepung Pelita
Resepi Asal : Ernita
Bahan-bahan ( 30 biji )
Bahagian hijau:
1 cawan tepung beras
5 cawan air
1 cawan gula
Pewarna hijau
paste pandan
Bahan atas/putih:
¾ cawan tepung beras
2 sudu gandum
4 cawan santan
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Sediakan periuk sederhana.
2. Masukkan tepung beras, gula, paste pandan, pewarna hijau dan 5 cawan air dalam periuk..
3. Masak hingga likat..guna api sederhana utk pastikan adunan masak tanpa rasa tepung..
4. Sebelum itu masukkan sedikit gula dalam acuan.Kemudian masukkan adunan hijau yg panas dalam acuan yg berisi gula sehingga abis.
5. Untuk bahagian atas pun sama.Masukkan kesemua bahan kedalam periuk.Gaul rata dan masak hingga pekat dan hilang rasa tepung.Kemudian sendukkan ke dalam acuan.
Baca : Resepi Kuih Tradisional
1 Comments
SEDAPNYA TEPUNG PELITA BUAT BUKA POSA
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊