Assalamualaikum wbt,
10 Resepi Kuih Paling Popular Bulan Puasa | Bila tiba bulan puasa, pasti anda teringat-ingat kuih yang paling popular hanya dibulan puasa. Jika bulan biasa, kuih-kuih ini jarang sekali kita dengar dan menjadi semakin popular hinggakan tercetus viral terhadap kuih-kuih ini.
Korang nak tahu tak, apa kuih yang paling popular ketika bulan puasa? Mana tahu, anda boleh buat sendiri hanya dirumah memandangkan bazar ramadhan tidak dibenarkan pada tahun ini. Jadi, jom kita lihat 10 resepi kuih bulan puasa paling popular.
10 Resepi Kuih Paling Popular Bulan Puasa
1. Resepi Kuih Kerbau Guling Kelantan
Bahan-bahan
250gm tepung beras
150 gm tepung jagung
3 sudu besar tepung beras pulut
200 gm gula
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter setengah
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
Secubit garam
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.
- Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.
- Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
- Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
- Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. Dah siap!
Resepi Asal : Yunfila
2. Resepi Kuih Popia Basah Legend
Resepi Asal : Kak Lynn
3. Resepi Akok Kedut
Bahan-bahan (21 biji)
5 biji telur
200 ml santan pekat - guna santan segar lagi sedap
100 ml air
150 gram gula melaka
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan - disiat-siat
2 cubit garam halus
Cara cara:
200 ml santan pekat - guna santan segar lagi sedap
100 ml air
150 gram gula melaka
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan - disiat-siat
2 cubit garam halus
Cara cara:
- Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
- Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.
- Panaskan oven pada suhu 200C. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya.
- Isi penuh acuan dan bakar selama 10-15 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
Resepi Asal : Azie Kitchen
4. Resepi Kuih Lopes
Kuih Lopes
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan - dikisar beberapa helai daun pandan
1/2 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
Beberapa titis pewarna hijau
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam
Cara-cara:
- Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama 1/2 jam. Sementara itu, kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan dulu.
- Kemudian toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Lepas tu, masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul rata. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus sehingga masak atau 3/4 masak pun tak apa sebab akan dikukus lagi.
- Bila santan kering, kacau rata supaya pulut masak rata. Kukus seketika lagi sebelum diangkat. Sejukkan seketika.
- Ambil daun pisang yang dipotong panjang dan layur sekejap atas api. Bentangkan daun pisang, bubuh pulut ikut kadar yang dikehendaki dan gulungkan daun tersebut dua atau tiga lapis. Punjutkan bahagian kiri dan kanan sambil dipadatkan. Ikat dengan benang atau tali rapia.
- Susun di atas periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit atau lebih. Sejukkan dan potong dengan menggunakan benang yang ditegangkan dikedua dua belah atau menggunakan pisau sahaja. Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
- Sedia untuk dihidangkan bersama air gula Melaka yang telah disejukkan.
Air Gula Melaka
Bahan bahan:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan- disimpul
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
Nota:
Lebih sedap jika air gula Melaka disejukkan dalam peti ais seketika sebelum dihidangkan.
5. Resepi Cara Berlauk
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk inti:
300g daging atau ayam kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada putih atau lada sulah
Bahan-bahan hiasan atas:
2 biji cili merah, hiris halus
Bawang goreng
daun bawang
daun sup
Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
4 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pewarna kuning
Cara Penyediaan:
A. Cara-cara untuk inti
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.
- Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
- Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
- Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.
Resepi Asal : Che Nom
6. Resepi Kuih Onde-Onde / Buah Melaka
Bahan-Bahan (5-6 orang)
500 gram tepung pulut
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Cara-cara
- Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
- Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
- Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
- Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
- Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
- Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.
Kredit : Cik Atika
7. Resepi Agar-Agar Santan
Bahan-Bahan:
10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
3 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa pandan (pandan essence)
Cara Penyediaan:
- Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
- Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
- Pukul sedikit telur bersama santan. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
- Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
- Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Resepi Asal : Che Nom
8. Resepi Asam Gumpal Terengganu
Bahan-bahan ( 20 biji )
Bahan untuk buat sagu & inti
200 gm sagu biji (basuh dan toskan)
100 gm kacang hijau
garam, gula secukup rasa
Bahan untuk buat kuah
2 cawan santan
1 inci halia (dimayang halus)
1 sudu halba
garam, gula secukup rasa
Cara-cara
Inti
- Kacang hijau tu seeloknya rendam dulu, kemudian baru rebus sampai empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa. kalau inti asam gupal ni manis sikit baru sedap. masak sampai kering, kemudian bulatkan kecik - kecik.
- Sagu biji yang ditoskan tadi tu siramkan dengan air panas, jangan banyak sangat siramnya, nanti lembik jadi sagunya.
- Gunakan plastik, ambik sagu tu, kemudian kepal- kepalkan, dah tu leperkan sikit dan isi ngan inti kacang tadi, kepalkan bulat balik. kalau tak guna plastik nanti sagu tu akan melekat kat tangan.
- Susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu tu masak.
Untuk buat kuah
- Campurkan semua bahan, kacau jangan biar santan berketul, kemudian bila dah mendidih masukkan sagu yang dah dikukus tadi.
- Boleh dimakan panas - panas atau sejuk.
Resepi Asal : Nur Mastura
9. Resepi Murtabak Daging
Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar marjerin
- air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
- Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
- Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
- Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
- Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)
*Untuk Kuah Bawang Merah*
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar sos cili maggi
- beberapa titik pewarna merah ( sirap)
- sedikit gula dan garam
- Cara buat kuah bawang merah. Hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.
BAHAN2 UTK INTI MURTABAK: (Joayee@myresipi.com)
- 300g mince meat
- 2 bawang besar-potong dadu
- 3 bawang putih-potong dadu
- 4 sb rempah kari
- garam+gula secukup rasa
**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya
- Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
- Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
- Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
- Goreng dgn api perlahan hingga masak.
- Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.
Resepi Asal : YatieMemories
10. Resepi Kuih Bakar Kemboja
Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
2 cawan jus pandan (dari 4 helai daun pandan)
2 1/4 cawan santan (1 cawan santan pekat - selebihnya tambah air)
2 sdb mentega (cair dan sejukkan)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 sdt garam
pewarna hijau
bijan secukupnya
Cara membuatnya:
- Campurkan kesemua bahan, kemudian blend sehingga sebati, kecuali bijan.
- Masukkan 3 sudu teh minyak ke dalam loyang, oleskan rata2.
- Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak sudah panas, masukkan adunan tadi.
- Tabur bijan dan bakar pada suhu 180 C, guna api atas bawah sehingga kuning dan garing. (Saya bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm masa 5 minit terakhir.
Resepi Asal : Dila craft
Selamat mencuba!
Baca Artikel Berkaitan:
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊