Assalamualaikum wbt,
10 Resepi Kek Coklat Moist Mudah - Tanpa Mixer Pun Boleh | Kek
coklat merupakan kek paling-paling digemari oleh mommy. Setiap kali nak sambut
hari lahir, buat makan-makan, atau apa saja keramaian, dessert pilihan mommy
adalah Kek Coklat yang moist. Lagi berkilat toping coklat dan lagi banjir
toping kek coklat, bertambah gembira mommy.
10 Resepi Kek Coklat Moist Mudah |
Anda juga pasti ada kek kegemaran masing-masing kan? Sesekali mungkin ingin mencuba resepi kek coklat moist pula. Di sini mommy kumpulkan 10 resepi kek coklat moist yang mudah untuk anda jadikan sebagai rujukan.
10 RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH TANPA MIXER
1. Resepi Kek Coklat Basah
Resepi Kek Coklat Basah Moist |
Bahan-bahan:
375 gm mentega
600 gm gula kastor
6 biji telur
600 gm air
500 gm tepung}
100 gm serbuk koko *
1 sudu teh serbuk penaik * (* ayak bersama)
1 sudu teh soda bikarbonat *
2 sudu teh esen vanila (saya tambah)
Cara-Cara:
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur, satu demi satu, kemudian esen vanila. Lipat dalam tepung dan terakhir air.
- Tuangkan ke dalam tin pembakar yang telah siap.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 ° C selama lebih kurang satu jam. Masa penaik mungkin berbeza mengikut ketuhar anda.
Resepi Asal : Datin Rosie Hidayat
2. Resepi Kek Coklat Leleh
Resepi Kek Coklat Leleh |
Guna mixer boleh, guna blender boleh, whisk je pun boleh.
Bahan-Bahan (A)
1 cawan susu cair/air suam/susu coklat
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/3 sudu kecil garam
Bahan-Bahan (B)
1 1/4 cawan tepung gandum (LM guna 1+1/2 cawan , kadang tu 2
cawan)
1 sudu teh bikabonat soda
1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:
- Blend/putar dengan mixer kesemua bahan (A) selama 5 minit. Atau Satukan dan whisk hingga rata sebati.
- Masukkan bahan (B) dan sebatikan samada nak blend/guna mixer/guna whisk, yang penting sebati mesra.
- Dah sebati masukkan dalam loyang yang disapu majerin supaya tak melekat.
- Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit.
Untuk topping ada 2 pilihan ;
Pilihan Toping 1
1/2 ketul dark coklat
1/2 ketul milk coklat
1 cawan whipping cream
*Masak secara double
boiled sambil kacau hingga tak berketul je. Seeloknya kacau guna whisk.
Pilihan Topping 2
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar shortening
*Masak secara double
boiled atau kalau dalam periuk guna api kecil sambil kacau supaya tidak hangus hingga
semua sebati je. Tak perlu sampai berwap atau didih.
Resepi Asal : Munira Zainuddin
3. Resepi Kek Coklat Moist
Resepi Kek Coklat Moist |
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola (boleh gantikan dengan minyak masak)
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (terpulang)
3 biji telur + esen vanilla (untuk kurangkan hanyir telur)
Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*ayak bersama 2 atau 3 kali
Cara-Cara:
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau
rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih. Cucuk dengan garfu untuk memastikan kek masak sempurna..
Topping mudah:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat (boleh kurangkan sikit)
2 sudu makan mentega (boleh kurangkan)
2 sudu air panas / susu segar
Coco rice atau manik warna-warni
Nak buat topping nie sangat senang. Mula-mula panaskan susu
pekat dalam periuk. Sampai naik buih ditepi.Tutup api. Lepas tu masukkan pula serbuk koko. Kacau sebati. Kemudian masukkan mentega. Mentega ni pula jangan terlebih nanti tak sedap. Kacau semua
sehingga sebati. Masukkan air panas
Jangan panaskan atas api lama-lama nanti pahit. Just make
sure semua sebati. Lepas tu boleh curahkan ke atas kek yang sudah dikukus
tadi. Boleh taburkan coco rice atau hiasan lain.
Resepi Asal : Atamskitchen
4. Resepi Kek Coklat Toping Banjir
Resepi Kek Coklat Banjir |
Bahan A
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 sdk vanilla essence
1/2 cawan gula
Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1sdk soda bikarbonat
1sdk baking powder
1 cawan air panas
Cara-Cara:
- Mix kan Bahan A sampai kembang.
- Bila dah kembang, masukkan bahan B (gaul/ayak dulu dah sediakan awal dalam bekaa lain).
- Masukkan air panas sikit sikit.
- Ready untuk bakar! Boleh alas loyang dengan baking paper/kertas minyak. Takpun glaze/sapu kan dengan minyak.
- Masukkan adunan dalam loyang - bakar 160° 30min - 35 min (ni depends kat oven, kena rajin cucuk pakai garfu and check tengok dah masak tak belah dalam)
Topping ni depends nak macam mana. Boleh double boil kan
coklat beryls yang coin tu. Topping cara ini:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh esen vanila
Cara-Cara:
- Campurkan serbuk koko, susu pekat dan minyak masak. Kacau atas api perlahan hingga pekat dan sebati.
- Tunggu suam-suam sikit pastu tuangkan atas kek.
Resepi Asal : Safurara
5. Kek Coklat Kukus
Kek Coklat Kukus / Bakar Mudah.
Topping
½ cawan koko
½ cawan minyak masak
1cawan susu cair (ikot kepekatan)
1 cawan susu pekat (ikot manis)
*Campur semua dan masak cara double boiler
Bahan-Bahan : (blend kan semua)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum*
1 cawan koko*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikabonat*
*Ayak bahan bertanda
Campurkan bahan yang di blend dengan bahan yang di ayak. Kacau
rata. Bakar / kukus 1 jam / sehingga masak.
Resepi Asal : Bujang.cooking
6. Resepi Kek Coklat Lava
Resepi Kek Coklat Lava |
Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak
3/4 cwn gula
1 cwn susu cair/susu segar
1/2 cwn susu pekat
*masak atas api kecil sehingga tak berketul. Matikan api dan
sejukkan.
3 biji telur B
1 sk vanila
1.5 cwn tepung gandum +1 sk baking powde r+1/2 sk soda (ayak 3
bahan ni)
1. Bila bahan A dah suam/sejuk, masukkan dalam mixer dan mix
kejap.
2. Masukkan telur satu persatu dan vanila. Mix dalam 5
minit.
3. Masukkan tepung yg diayak tadi dan kaup balik je.
4. Kukus api sederhana selama 45 minit.
Topping
250 milk choc, 1/2 cwn susu pekat, 1/2 cwn susu cair atau
whipping krim dan 1 sb butter. Double boil je. Tunggu sejuk baru letak atas
kek.
Resepi Asal : Rosetinaabdullah
7. Resepi Kek Coklat
Resepi Kek Coklat Chipsmore |
Bahan A
90gm serbuk koko
200gm gula kastor
200gm minyak masak/minyak jagung/canoli/sunflower
250g susu pekat
1 tin susu cair
Bahan B (dicampur & dipukul sampai kembang, guna
SUDU/GARFU je ye)
4 biji telur gred A
esen vanila
Bahan C (dicampurkan sekali & diayak)
150 gm tepung gandum/kek/superfine
1sd kcil baking powder
1sd kecil bakig soda
Cara-Cara:
- Masukkan semua bahan A dalam 1 bekas stainless steel/periuk , kacau rata smpai sebati & masak ats api kecil..API KECIL YE!!
- Masak sekejap je sambil adunan dikacau. Kacau perlahan-lahan. Tak perlu mendidih @ sampai berasap. Adunan hanya suam-suam panas. Kalau rasa bekas tu da panas boleh terus tutup api.
- Masukkan bahan B ke dalam adunan tadi & kacau.
- Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang yang dah disapu dengan butter/marjerin & dilapik dengan baking paper. Saya guna loyang saiz 9 inci, nak tebal sikit guna loyang 8 inci.
- Panaskan oven dulu ye (preheat) saya panaskan 10min suhu 180c. Bakar sehingga masak. Nak kukus pun bolhe. Saya bakar dalam oven dengan suhu 160c selama 1 jam. Walaupun bakar tapi tetap moist.
- Sejukkan kek dulu baru curahkan choc topping. Saya sejukkan kek dalam chiller. Nanti topping akan melekat cantik dekat kek.
Topping Kek Chocolate
200gm choc compound/choc masak, didadu/dipotong kecil
100gm whipping cream
Cara-Cara:
Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel, double
boil kan. Bila coklat dah cair masukkan pula cream tadi. Kacau sampai sebati,siap. *nak pekat sikit guna 80gm whipping cream.
Resepi Asal : Dessert.Diaries
8. Resepi Kek Coklat Kukus
Bahan-bahan:
2 cawan tepung blue key
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar.
- Kacau dengan sudip besar, kacau tangan je, jangan guna mixer, nanti telebih naik, tak jadi.
- Bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye.
- Kemudian boleh ditapis adunan yang dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantik.
- Didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40 minit.
- Sudah siap, kalo nak letak topping lagik best.
Resepi Asal : MyResepi
9. Resepi Kek Coklat Moist Leleh Mudah
Bahan-Bahan:
Telur 3biji+Gula 1Cwn - Pukul kembang masukkan
Tepung 1.5 cawan + 1sk baking powder + 1sk soda + 1/2cwn serbuk
koko (ayak terlebih dahulu) , kemudian masukkan. 1 cawan minyak - kaup balik aja pastu masukkan, 1/4 cawan air panas - kaup balik gak. Kukus 40minit
Resepi Asal : Ruziana Shahari
10. Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-Bahan:
240g Tepung gandum
60g serbuk koko
230g gula
1 cawan minyak
1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air
pun boleh )
5g asen vanila
5g sodium bikarbonat
2 biji telur
Cara-Cara:
- Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu ).
- Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
- Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
- Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )
Bahan-Bahan Topping
30g serbuk koko
2 sudu minyak masak
1 cawan susu pekat manis
Coklat rice
Cara-Cara:
Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan
gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.
Cara Hidang
- Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
- Taburkan coklat rice. Siap!
TIPS:
- Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
- Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
- Letak topping ketika kek sudah sejuk.
- Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )
Resepi Asal : Chef Abang
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊