Friday, 13 March 2020

Cantiknya Pelan Banglo 1 Tingkat

Assalamualaikum wbt,

Jika diberi pilihan mommy memilih untuk membina banglo setingkat sahaja. Ini kerana memudahkan mommy untuk mengemas rumah tanpa perlu turun naik tangga dalam rumah sendiri. Itu boleh mengurangkan lemak mommy tau. hehe

Jika anda ada perancangan untuk membina rumah sendiri, mommy cadangkan anda untuk membina banglo sendiri dengan rekaan banglo setingkat yang berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah. Unik kan? 

Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
  1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
  2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
  3. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
  4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
  5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.





 Like & Follow FB Page kami sekarang untuk pelbagai tips membina rumah banglo idaman.







Fauzan Mahmod

Berkelulusan Sarjana Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan staff di Nas Nuri Construction Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam skop rekabentuk arkitektur banglo. 

1 comment:

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊