Assalamualaikum wbt,
Yeay, cuti sekolah kembali lagi. Kali ini kemana pula rancangan percutian anda sekeluarga? Mommy ada satu cadangan, ye ke Cameron Highland. Selain percutian santai bersama keluarga, anda boleh menikmati suasana sejuk di Cameron Highland seperti berada diluar negara pada musim sejuk. Bila ke Cameron Highland, hotel mana yang patut kita duduk ye?
Heritage Hotel adalah pilihan yang tepat bagi anda ingin mengulangi percutian bulan madu ketika awal-awal kahwin dulu. Hotel yang amat best untuk didiami bersama keluarga tercinta.
Hotel Heritage
Setiap bilik hotel bertaraf 4 bintang ni menawarkan balkoni peribadi untuk para tetamu menikmati pemandangan hutan tropika 1,500 meter dari aras laut.
Nak cari makan di pusat bandar Tanah Rata korang boleh berjalan kaki saja. Kalau nak makan di hotel pun boleh. Ada pelbagai menu menarik tempatan dan antarabangsa disajikan.
Antara kemudahan yang ditawarkan lawatan pelancongan dan perniagaan, perpustakaan, pusat kecergasan dan taman permainan kanak-kanak.
Nak lagi menarik, terdapat taman berlandskap di hotel ini yang direka ala kawasan kampung Inggeris. Sesuai bagi korang yang ingin hirup udara segar dan dikelilingi dengan taman yang indah.
Jalan Gereja, Tanah Rata,
39000 Cameron Highlands, Pahang.
Harga : RM210 - RM650
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊