Saturday, 28 March 2020

7 Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C

Assalamualaikum wbt,

7 Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C | Tahukah anda, badan manusia tidak mampu menyimpan dan menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Untuk mendapatkan vitamin C, kita perlu mengambil daripada sumber makanan harian dan pengambilan supplemen atau vitamin. 

Badan manusia amat mudah mengalami kemerosotan vitamin c. Ini kerana kita terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran seperti radikal bebas, asap rokok, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut tanda-tanda badan mengalami kekurangan vitamin C?



7 Tanda-Tanda Badan Kekurangan Vitamin C

#1 - Tanda Kurang Vitamin C - Kulit Mudah Kering
Tanda Kekurangan Vitamin C - Kulit Mudah Kering
Jika anda perasan, kulit yang kurang vitamin c lebih bersifat kekeringan. Ia mudah menjadi bersisik dan tidak lembap. Kekeringan kulit boleh juga menyebabkan kegatalan kulit. Cuba anda lalukan pada kulit anda dengan kuku, adakah ia menjadi warna putih berkuping kecil? Jika ya, banda anda kurang vitamin c.

#2 - Tanda Kekurangan Vitamin C - Wajah Nampak Tua Sebelum Usia
Tanda Kekurangan Vitamin C - Wajah Nampak Tua Sebelum Usia
Selain daripada itu, tanda kekurangan vitamin c boleh menyebabkan wajah nampak lebih tua sebelum usia. Pernahkah anda dipanggil makcik oleh orang yang tidak dikenali? Sedangkan umur anda baru sahaja 30 tahun. Disebabkan kekurangan vitamin c ini, wajah anda mempunyai banyak kedut dan tidak seperti wajah orang seusia 30 tahun yang lain.



#3 - Tanda Kekurangan Vitamin C - Luka Lambat Sembuh
Tanda Kekurangan Vitamin C - Luka Lambat Sembuh
Jika anda mengalami luka dibahagian badan, terkena gigitan serangga, luka tersebut susah untuk hilang. Ataupun luka tersebut mengambil masa yang lama untuk sembuh. Itu juga petanda bahawa badan anda mengalami kekurangan vitamin c.

#4 - Tanda Kekurangan Vitamin C - Mudah Demam
Tanda Kekurangan Vitamin C - Mudah Demam
Tanda kekurangan vitamin c seterusnya adalah anda akan mudah diserang demam. Biasanya, jika anda berada dipersekitaran orang yang demam, ia amat mudah sekali untuk anda dijangkiti. Cuba anda kemaskini diri anda sendiri, adakah tanda ini terdapat pada anda?



#5 - Tanda Kekurangan Vitamin C - Cepat Stress
Tanda Kekurangan Vitamin C - Cepat Stress
Adakah anda seorang yang mudah stress? Jika ya, anda wajib ambil vitamin c. Ini kerana tanda kekurangan vitamin c adalah menjadikan anda seorang yang stress. Mudah tertekan dan tidak boleh mengendalikan sesuatu kerja dalam keadaan tertekan.

#6 - Tanda Kekurangan Vitamin C - Skurvi (Gusi Berdarah, Luka Lambat Sembuh, Gigi Rapuh)
Tanda Kekurangan Vitamin C - Skurvi (Gusi Berdarah, Luka Lambat Sembuh, Gigi Rapuh)
Tanda kekurangan vitamin c juga boleh dilihat pada kawasan mulut iaitu dipanggil Skurvi. Skurvi ini adalah berkaitan gusi berdarah, luka lambat sembuh dan gigi mudah rapuh. Teruk bukan? Jika anda sayang kesihatan mulut anda, perlu ambil vitamin c setiap hari.

#7 - Tanda Kekurangan Vitamin C - Mudah Selsema
Tanda Kekurangan Vitamin C - Mudah Selsema
Tanda kekurangan vitamin c seterusnya adalah anda mudah terkena selsema. Jika anda berada dipersekitaran orang yang selsema, anda mudah berjangkit. Ini kerana, kekurangan vitamin c dalam badan tidak dapat bertindak melindungi badan anda dari terkena virus selsema.



Dalam kehidupan harian kita hari ini, pengambilan vitamin c amat penting bagi menjaminkan kesihatan yang lebih baik sepanjang masa.




0 Comments:

Post a comment

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊