Friday, 1 November 2019

Cara Terima Wang Dari Google Adsense Menggunakan Western Union

Cara Terima Wang Dari Google Adsense Menggunakan Western Union.

Assalamualaikum wbt,

Hai, siapa yang punyai akaun google adsense? Seronok tak kalau dapat duit dari Google Adsense? Pastilah seronok, siapa yang tak seronok bila dapat duit. Betul ke betul? Anda nak tahu tak macam mana cara terima wang dari google adsense menggunakan Western Union. Mommy terbaca tentang earning google adsense di blog Fizah dan tertarik untuk kongsi juga pengalaman mommy mendapat earning daripada google adsense.

Bagi anda yang mempunyai blog dan youtube, pasti sudah tahu tentang Google Adsense kan yang mana memberi income kepada kita melalui content penulisan dan video. Mommy perasan income google adsense melalui youtube lebih cepat untuk dapat 100 usd dalam masa sebulan berbanding blog. 

Hari ini mommy cuma nak berkongsi dengan anda semua, macam mana nak buat bila earning google adsense kita dah cecah $100 usd. Apa yang perlu kita lakukan untuk dapatkan duit kita tu? hehe

Sebelum itu, mommy kongsikan dulu cara untuk dapatkan payment daripada Google Adsense mempunyai tiga cara iaitu :
  • Wire Transfer (melalui pemindahan ke akaun anda)
  • Cheque (melalui penghantaran cek)
  • Western Union (melalui penerimaan wang di kaunter Western Union seluruh Malaysia)
Ketiga-tiga cara ini mempunyai perbezaan dimana, 

1. Wire Transfer (Melalui Pemindahan ke Akaun Anda)
Cara ini anda perlu memasukkan no akaun anda dan perlu membuat pengesahan melalui bank bagi proses pemindahan wang anda.

2. Cheque (Melalui Penghantaran Cek)
Cara ini biasanya mengambil masa yang agak lama untuk anda menerima wang daripada Google Adsense. Ini kerana proses pengeposan mengikut kawasan anda.

3. Western Union (Melalui Penerimaan Wang Di Kaunter Western Union seluruh Malaysia)
Cara ini lebih mudah dan senang kerana anda akan dapat terus duit selepas mengisi borang penerimaan wang di mana-mana kaunter Western Union.


Dua tarikh penting untuk menerima wang daripada Google Adsense yang anda perlu tahu iaitu pada setiap 15 hari bulan pihak Google Adsense akan mengemaskini jumlah income atau pendapatan yang anda akan terima. Pada 21 hari bulan pula adalah tarikh penting bagi penerima gaji atau income atau wang daripada google adsense kerana pada hari ini adalah Hari Gaji. 

Pada 21 hari bulan setiap bulan juga anda akan mendapat notis daripada google adsense tentang no pin rahsia Western Union 10 digit yang anda gunakan untuk mengisi borang penerimaan wang western union. Selepas menerima no pin tersebut, anda boleh terus ke mana-mana kaunter Western Union terdekat anda untuk dapatkan wang pendapatan google adsense anda.

Gaji Pertama Google Adsense Mommy melalui Youtube
Ini adalah gaji pertama mommy dari Google Adsense melalui youtube. Apa yang best bila mommy buat youtube adalah earning mommy naik dengan begitu laju sekali, seronok tau. hehe

Nak belajar buat youtube dengan mommy, meh wassap mommy naa. hihi


3 comments:

  1. Wah!! Tahniahh! Nak tanya untuk youtube..berapa subcriber dia nak br boleh buat duit dengan adsense?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cukupkan 1000 subscriber & 4000 jam menonton.

      Delete
    2. okay. thank you kak wawa..:D

      Delete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊