Author

Breaking

Saturday, 10 August 2019

Selamat Menyambut Hari Arafah, Peluang Merebut Ribuan Pahala

Assalamualaikum wbt,

Selamat menyambut Hari Arafah, jadilah kita antara insan yang banyak memngingati Allah.

DOA HARI ARAFAH

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
InsyaAllah hari Arafah bagi tahun 2019 jatuh pada 10/8 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).

Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah (di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 pm hingga jam 6.21).
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Berikut beberapa doa yang boleh dibaca, InsyaAllah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka & masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku & keluargaku dalam golongan yg beriman & menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya & para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku & ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku & tingkatkan pahala & rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku & ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku & selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku & rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga & anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.



11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu & mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan & tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu & kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu & Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat & Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik & mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk & mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku & Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai & anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar & patuh kepada Mu & kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur & azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah & permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti & selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku & isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat & niat mereka.

29. Ya Allah ampuni & berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu utk mengurniakan bimbingan kepada pemuda & umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan & tidur, semoga aku dapat bangun utk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


Sumber dari telegram group.
Subscribe untuk Ilmu_Free:
▶️ T.me/RahsiaMemanggilRezeki

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊