Author

Breaking

Monday, 22 April 2019

Pengalaman Menikmati Pemandangan Kota Melaka Di atas Menara Taming Sari

Assalamualaikum wbt,

Pada hujung cuti sekolah yang lalu, mommy bersama keluarga mengambil kesempatan untuk melawat ke Kota Melaka. Kota yang penuh dengan sejarah Bugis. Tidak lengkap rasanya percutian anda jika tidak merasai pengalaman menikmati pemandangan Kota Melaka di Menara Taing Sari.

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar HilirMelakaMalaysia (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. (wikipedia)

Mommy dan keluarga ke Bandar Hilir pada 30hb March yang lalu, dimana satu hari kami di sana menghabiskan masa melawat kawasan sekitar. Kemuncak kepada percutian kali ini adalah kami naik menara Taming Sari ini. Pada awalnya, mommy agak gayat juga. Namun, melihatkan keindahan Kota Melaka terus hilang gayat mommy. Hihi


2 comments:

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊