PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2020 SUDAH DI BUKA.

Assalamualaikum wbt,

Semakin bertambah tahun, semakin banyak perubahan berlaku, semakin berubah pimpinan, semakin berubah corak pemerintahan. Begitu juga dengan sistem pendidikan negara. Mommy bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang sistem pendidikan negara, namun sebagai seorang yang sudah bergelar ibu, mommy perlu mengambil tahu tentang pendidikan negara sebagai persediaan mommy untuk princess tercinta. hihi

Korang tahu tak, sistem pendidikan sekarang ni nak masuk sekolah pun kena buat online tau. Aduhai, serius mommy baru tahu beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Padahal mungkin sudah lama sistem online ini bermula kan?

Ok, sebenarnya mommy nak bagitahu kepada ibu atau bapa kat luar sana yang ada anak mula sekolah tahun depan (2020), anda boleh sudah daftarkan mereka sebelum terlambat. Sebenarnya ada dua cara iaitu permohonan online dan manual. 

Keadaan ini bagi adil kepada ibu bapa yang berada di luar bandar dan ibu bapa bandar yang tidak tahu cara nak daftar online, mereka boleh pilih untuk mendaftar permohonan secara manual. 

Cara Permohonan Kemasukan Murid Ke Prasekolah Tahun 2020


  • Permohonan secara online telah pun dibuka bermula 1 Mac hingga 30 April 2019
  • Permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon pada 1 Mac - 31 Mei 2019
  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja layak memohon.
  • Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk permohonan.
  • Sebelum mendaftar, ibu ayah perlu membaca manual ini terlebih dahulu.

Sila klik link di atas. 

Selamat memohon ibu ayah!