8 Tanda-Tanda Kemurungan

8 Tanda-Tanda Kemurungan.

Assalamualaikum wbt,

Apa itu kemurungan?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, mendefinisikan kemurungan adalah penyakit mental yang kadang kala tanpa disedari.

Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

Sebelum terjadi kemurungan dan mendorong individu mengambil tindakan melampau, seeloknya cuba kita cek diri sendiri ata orang sekeliling kita samada mengalami tanda-tanda dibawah.


Jom kenali tanda-tanda kemurungan.

Tanda-Tanda Kemurungan
  1. Cepat marah
  2. Hilang minat pada perkara rutin
  3. Rasa bersalah, gagal dan malang pada diri sendiri
  4. Kognitif : sukar untuk fokus dan membuat keputusan serta pelupa
  5. hilang selera makan
  6. Sedih yang berpanjangan
  7. Gangguan tidur
  8. Fizikal : lenguh-lenguh, mudah letih, pening dan masalah pencernaan yang berpanjangan walaupun dengan rawatan.


Mengapa seseorang mengalami kemurungan?
Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:
  • Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
  • Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
    • Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa
  • Penyakit kronik
    • Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser
  • Ciri-ciri peribadi
  • Penyalahgunaan dadah
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
    • Contoh: Steroid, ubat cegah kanser
*Sumber : portal kementerian kesihatan*

Tahukah anda bahawa masalah kemurungan ini dapat diatasi dengan pengambilan makanan yang sihat, pergaulan yang sihat, rutin kehidupan yang lebih menggembirakan dan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin b.

Vitamin b adalah vitamin yang merangsang dan mengelakkan otak dari mengalami kemurungan serta tekanan.

Lihat fungsi Bcomplex di sini bagi melawan tekanan dan menstabilkan emosi.

Share:

3 comments:

  1. Asalam semoga kita tak di landa kemurungan ya

    ReplyDelete
  2. memang murung kalau suasana kerja x sihat.. ermmm

    ReplyDelete
  3. nauzubillah. jauhla dari ada rasa macam ni.
    ceria2 selalu ye semua =D

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark