Keadaan Dan Langkah Penjagaan Penuaan Kulit Mengikut Usia.

Assalamualaikum wbt,

Tahukah anda, penuaan kulit bermula apabila anda mencapai umur 25 tahun. Hal ini menyebabkan keadaan kulit menjadi cepat tua jika tidak dijaga dengan betul.

Apakah keadaan kulit kita pada usia 20-an?

Pada usia ini, boleh dikatakan perubahan dari remaja ke belia. Keadaan ini paling tinggi berlakunya perubahan hormon dan menyebabkan berlaku keadaan kulit yang sensitif. Antara keadaan kulit pada usia 20-an adalah :

  • Berminyak dan liang roma tersumbat.
  • Cenderung kepada masalah jerawat.
  • Kulit kering.
  • Paras kolagen dan elastin yang sihat tetapi mula menurun secara perlahan.
Apa yang perlu kita lakukan bagi mengatasi masalah kulit pada usia 20-an?
  • Lakukan rutin penjagaan kulit harian yang baik terdiri daripada pencuci, toner dan pelembap.
  • Pakai perlindungan matahari untuk mengurangkan kerosakan kulit.
  • Sapu krim malam yang membantu membina kolagen dan elastin anda.


Apakah masalah dan keadaan kulit kita pada usia 30-an?

Apabila menginjak usia 30-an, perubahan kulit berlaku lebih kepada masalah kulit yang berkaitan dengan jeragat, garis penuaan dan kekurangan elastin dan kolagen.

Masalah dan keadaan kulit pada usia 30-an:
  • Terdapat kedutan dan garis halus.
  • Kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan pigmentasi (jeragat).
  • Kehilangan kolegan dan elastin kulit.
  • Pembaharuan sel kulit semakin perlahan.
Apa yang perlu kita lakukan bagi mengatasi masalah kulit pada usia 30-an?
  • Teruskan rutin penjagaan kulit harian yang baik bersama perlindungan matahari.
  • Tambah serum untuk menyokong penghasilan kolagen, elastin dan pembaharuan sel kulit.


Apakah masalah dan keadaan kulit kita pada usia 40-an?

Apabila mencapai usia 40-an, perubahan kulit semakin jelas ketara jika tidak dijaga dengan baik. Jika pada usia 30-an, keadaan kulit menampakkan garis-garis kedutan, kini ia semakin jelas jika tidak diatasi seawal mungkin.

Masalah dan keadaan kulit pada usia 40-an:

  • Kulit kering dan kusam kerana kebolehan mengekalkan kelembapan semakin berkurangan.
  • Kedutan, garis halus, liang roma dan pigmentasi semakin jelas.
  • Kehilangan lebih banyak kolagen dan elastin, pembaharuan sel yang perlahan.
  • Kulit semakin nipis dan kendur.

Apa yang perlu kita lakukan bagi mengatasi masalah kulit pada usia 40-an?
  • Teruskan rutin penjagaan kulit harian yang baik bersama perlindungan matahari.
  • Teruskan serum untuk membantu menyokong penghasilan kolagen, elastin dan pembaharuan sel kulit.
  • Tambah rawatan anti-penuaan seperti vitamin C dan E.


Apabila kita mengetahui masalah dan keadaan kulit sendiri dengan lebih mendalam, maka lebih mudah untuk kita hadapi dan lakukan penyelesaian bagi mengelakkan berlakunya penuaan kulit lebih cepat sebelum sampai masanya.

Jadi, jom semua kita jaga kulit wajah kita dari berlakunya proses penuaan jadi lebih cepat. Jika anda sedang mencari set skincare yang dapat mengatasi masalah penuaan kulit dengan cepat, boleh cuba Youth skincare dapat membantu menjadikan kulit anda 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.

Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar