Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, syukur kepada Alalh swt kerana masih memberi peluang kepada kita untuk terus menikmati kehidupan di dunia ini. Syukurlah pasti Allah tambah lagi nikmat kepada kita.
Siapa yang masih belum menimang cahaya mata? Siapa yang masih menanti cahaya mata? Bagi yang sudah memiliki anak, pasti sudah mengetahui tanda-tanda benar kehamilan pada minggu pertama. Namun, bagi anda yang masih bepum pernah memiliki cahaya mata, semestinya kita tidak tahu tanda-tanda bahawa kita sedang hamil. Betul kan?
Setiap kali masuk bulan baru, anda tertunggu-tunggu hari kedatangan bulan. Betul kan? Sebolehnya kita akan cakap pada diri, pleaseeee, tolonglah jangan datang bulan ini. hihi
Betul ke betul? Kak wawa juga begitu. Tapi hari ini anda teruskan bacaan, adakah tanda-tanda kehamilan ini ada pada diri anda. Kak wawa saja nak kongsikan dengan anda supaya tidaklah anda ternanti-nanti dan merasa kecewa jika belum Allah izinkan untuk anda hamil.
Nak tau dak ni? Hihi. Tanda-tanda kehamilan di minggu pertama ini kak wawa dapat dari youtube. Jom, kita cek bersama jika tarikh datang bulan anda sudah kelewatan seminggu atau hampir 3 minggu.
9 Tanda-Tanda Kehamilan Di Minggu Pertama
![]() |
Kredit : from google |
1. Ukuran dada membesar salah satu
tanda-tanda seorang wanital hamil. Ukuran dada membesar dari kebiasaan kerana
berlaku peningkatan hormone progesterone dan esterogen. Malah, tekstur dada
juga akan semakin lembut dan menyebabkan rasa sensitive yang tinggi dan jika
disentuh akan terasa sakit. Selain itu, puting susu juga akan membesar, warna puting
semakin gelap dan ditambah pula rasa gatal. Keadaan ini menyebabkan peningkatan
aktiviti hormone HPL, untuk menghasilkan susu.
2. Terjadinya cramp dibahagian
perut pada 8-10 hari selepas terjadinya ovulasi. Ada juga tempelan darah yang
terjadi sebelum waktu menstruasi. Ini terjadi kerana implantasi dan juga
disebut penampalan embrio didinding Rahim.
3. Mual dan muntah, hampir semua
wanita akan mengalami mual dan muntah saat anda sedang hamil. Ini disebabkan
oleh peningkatan hormon di dalam aliran darah yang muncul tiba-tiba. Hormon ini
dikenali HCG, dimana hormone ini meningkat di dalam air kencing. Jika air
kencing wanita hamil di test pada alat ujian kehamilan dan terdapat hormone HCG
ini, makan alat pregnant test akan menunjukkan tanda positif.
4. Pening dan sakit kepala. Faktor
fizikal menyebabkan gangguan sakit kepala dan pening sewaktu awal kehamilan.
Ini kerana disebabkan oleh rasa mual, lapar, tekanan darah rendah dan lesu. Selain
itu, wanita hamil akan merasa ngantuk yang berlebihan.
5. Kerap buang air kecil. Keadaan
ini berlaku peningkatan kitaran darah yang disebabkan oleh tekanan kandungan
pada rahim.
6. Sering mengantuk. Pada waktu
hamil, wanita cepat mengantuk dan lesu. Ini disebabkan oleh perubahan hormon.
7. Sering meludah. Ini terjadi
disebabkan oleh perubahan hormon esterogen.
8. Sembelit. Hormon progesterone yang
semakin meningkat akan menyebabkan rasa sembelit. Hormon ini juga mengendurkan
otot-otot dinding usus dan otot rahim yang akhirnya terjadi sembelit.
9. Suhu Badan Meningkat. Perubahan
suhu terjadi pada wanita sehingga berlaku ovulasi.
Jika ada tanda-tanda kehamilan ini pada anda, bolehlah buat pengesahan dengan doktor diklinik berdekatan anda. Pastikan menjaga pemakanan dan tidak melakukan kerja-kerja berat serta jangan sesekali melakukan senaman regangan otot kerana ia boleh memberi tekanan pada bahagian abdomen anda.
Pada waktu ini, biasanya doktor akan nasihatkan anda untuk mengambil asid folik setiap hari bagi membantu meningkatkan ketahanan rahim bagi menampung kandungan yang bakal membesar nanti.
Kak wawa doakan semoga kalian semua yang masih menanti zuriat dikurniakan cahaya mata soleh dan solehan serta penyejuk mata dan hati kalian semua. Amin
1 Comments
Ilmu baru utk bakal pengantin mcm saya, hihi.
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊