Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, Ahlan wasahlan Ya Rejab. Dikatakan bulan ini bulan penuh keampunan dan jom kita lihat apa keistimewaan bulan Rejab. Tak lama dah nak masuk Sya'ban dan Ramadhan kan. Bulan Rejab ini boleh dikatakan persediaan kita untuk menyambut bulan Ramadhan. Berusahalah untuk berpuasa kerana terkandung pahala yang banyak di dalamnya.
Ada beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rajab:
1. Diriwayatkan bahwa apabila Rasulullah SAW
memasuki bulan Rejab beliau berdoa:
“Ya, Allah berkahilah kami di bulan Rejab
(ini) dan (juga) Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.” (HR.
Imam Ahmad, dari Anas bin Malik).
2. "Barang siapa berpuasa pada bulan
Rejab sehari, maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka
ditutuplah untuknya 7 pintu neraka Jahim, bila puasa 8 hari maka dibukakan
untuknya 8 pintu surga, dan bila puasa 10 hari maka digantilah dosa-dosanya
dengan kebaikan."
3. Riwayat al-Thabarani dari Sa'id bin Rasyid:
“Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rejab, maka ia laksana berpuasa setahun,
bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka jahanam, bila
puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu surga, bila puasa 10 hari, Allah akan
mengabulkan semua permintaannya."
4. "Sesungguhnya di surga terdapat sungai
yang dinamakan Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis
dari madu. Barangsiapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan dikaruniai
minum dari sungai tersebut".
5. Riwayat (secara mursal) Abul Fath dari
al-Hasan, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rejab itu bulannya Allah, Sya'ban
bulanku, dan Ramadan bulannya umatku."
6. Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Pada malam
mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih
sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada
Jibril a.s.: “Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?”
Maka berkata Jibrilb a.s.:
“Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di
bulan Rajab ini”.
8. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
9. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang- orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu. Diampunkan dosa dosanya
yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
10. Siapa bersedekah dalam bulan Raeab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derajat, dihapus
seribu kejahatan.
“Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab/ Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.”
(Sumber: nu.or.id)
2 Comments
Thanks sharing kelebihan bulan rejab ni sis
ReplyDeletesaya pasti wawa share dengan tujuan dan niat yang baik.. cuma berhati2 jika share hadis tanpa disemak status hadis berkenaan.. :)
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊