Assalamualaikum wbt,

Pernah kak wawa mengiklankan produk shaklee untuk meriahkan susu ibu, tiba-tiba ditanya seorang hamba Allah. Bila susu ibu terlampau banyak, bagaimana kalau suami terminum susu isteri? Apa hukumnya. Kak wawa macam terkedu juga, sebab belum punyai anak dan tak pernah lalui situasi tersebut. 

TIPS PERBANYAKKAN SUSU IBU? Suami-suami jangan risau ye..")

Adakah suami telah menjadi anak susuan isteri? Apakah terbatal sebuah perkahwinan? Pasti menjadi tanya tanya buat segelintir masyarakat yang kurang memahami bab-bab ini. Kata Ustaz Azhar, inilah yang menjadi sebab kenapa anda perlu pergi belajar. hihi

Kak wawa cuba mencari jawapan kepada persoalan ini, boleh juga menjadi rujukan buat anda semua.  hik2

Kita perlu memahami dahulu apakah syarat menjadi anak susuan.

Apakah syarat seseorang bayi menjadi anak susuan?
Terdapat 2 syarat untuk membolehkan seseorang itu menjadi anak susuan yang sah menurut syarak iaitu:
1. Umur bayi belum mencapai 2 tahun. Sekiranya sudah mencapai 2 tahun tidak dikira sebagai anak susuan.
2. Kanak-kanak itu disusu kenyang sebanyak 5 kali yang berasingan. Sesuatu penyusuan itu dianggap berasingan atau tidak berdasarkan pandangan umum. Jika anak tersebut berhenti menyusu kerana kenyang, ia dianggap sebagai sekali susu. Tetapi, jika anak itu berhenti menyusu kerana bermain-main seketika dan kemudian menyusu semula atau bertukar payudara, maka ia juga dianggap sekali susu sahaja.
Dikira sebagai satu susuan adalah apabila bayi tersebut menyusu dan kemudiannya melepaskan dari susuan atas pilihannya sendiri (kerana telah kenyang) tanpa ada gangguan yang mendatang.
Terdapat khilaf dalam kalangan ulama tentang bilangan kenyang. Namun tarjih yang diberikan oleh Muzakarah Fatwa ialah hanya 4 kali kenyang.

Fahamkan dahulu, suami yang meminum susu isteri tidak jatuh hukum menjadi anak susuan. Jadi, apa hukum meminum susu isteri? Menurut Ustaz Azhar Idrus,

Hukum meminum susu isteri adalah HARUS.

MAKRUH kerana susu ibu hanya untuk anak ataupun bayi yang masih memerlukan susu ibu.


Bila berkaitan dengan hukum-hukum agama ini, sewajarnya kita merujuk kepada ustaz-ustaz ayau ustazah-ustazah yang leboh arif kerana itu lebih menajmin kefahaman kita. Selain daripada itu, rajin-rajinlah menuntut ilmu kerana ia merupakan fardhu ain buat kita sekeluarga. 

Nanti nak ajarkan pada anak-anak kita pula kan.

Semoga bermanfaat.