Assalamualaikum wbt,
Kredit Jabatan Mufti Negeri Melaka |
Pengertian Al-Khusuf
Al-Khusuf adalah istilah yang sering digunakan bagi menggambarkan gerhana bulan. Al-Khusuf dari segi bahasa bermaksud tertutup cahayanya sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
Hukum Solat Sunat Gerhana Bulan
Solat sunat khusuf atau gerhana bulan adalan sunat mu'akkad sama ada bagi orang yang bermukim atau musafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.
Kredit pakcik google |
Waktu
Waktu solat sunat gerhana bulan bermula apabila berlaku keadaan gerhana, iaitu cahaya bulan berubah menajdi gelap sebahagian atau keseluruhannya. Waktunya akan berakhir dengan hilangnya keadaan gerhana tersebut, iaitu cahaya bulan kembali kepada keadaan asal atau dengan terbitnya matahari (bukan terbit fajar).
Tempat
Solat sunat gerhana bulan hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana tersebut. Ia sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat uyang biasa dilakukan solat berjemaah.
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Solat ini boleh dilakukan dengan tiga cara :
- Cara paling ringkas, iaitu ditunaikan dengan dua rakaat secara ringkas seperti mana-mana solat sunat.
- Cara yang pertengahan atau adna al-kamal, iaitu ditunaikan dengan dua rakaat, dua kali qiyam dan dua kali ruku' disertai bacaan al-fatihah dan mana-mana surah pada setiap rakaat tanpa dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
- Cara paling sempurna atau akmal iaitu ditunaikan seperti cara kedua dengan dua rakaat, dua kali qiyam dan dua kali ruku' disertai bacaan al-fatihah dan mana-mana surah pada setiap rakaat dengan memanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Cara Melaksanakan Solat Sunat Gerhana Bulan
1. Lafaz Niat
2. Rakaat Pertama
- Takbiratul Ihram
- Membaca doa iftitah
- Membaca ta'awwuz (A'auzubillah)
- Membaca surah al-fatihah
- Membaca surah al-baqarah atau sekadar yang termampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang.
- Ruku' dan membaca tasbih skadar masa membaca 100 ayat daripada surah al-baqarah atau sekadar termampu.
- Iktidal serta membaca surah al-fatihah
- Membaca surah al- Imran atau sekadar yang termampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang
- Ruku' dan membaca tasbih sekadar masa membaca 80 ayat daripada surah al-baqarah atau sekadar termampu.
- Iktidal
- Sujud yang pertama dan membaca tasbih sekadar masa 100 ayat daripada surah al-baqarah atau sekadar termampu.
- Duduk antara dua sujud.
- Sujud kedua dan membaca tasbih sekadar masa membaca 80 ayat daripada surah al-baqarah atau sekadar termampu.
3. Rakaat Kedua
- Berdiri dan membaca surah al-fatihah
- Membaca surah an-nisa atau sekadar yang termampu atau man-mana surah yang sederhana panjang
- Ruku' dan membaca tasbih sekadar masa membaca 70 ayat daripada surah al-baqarah atau sekadar termampu
- Iktidal serta membaca surah al-fatihah
- Membaca surah al-ma'idah atau sekadar yang termampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang.
- Ruku' dan membaca tasbih sekadar masa membaca 50 ayat daripada surah al-baqarah atau sekadar termampu.
- Iktidal
- Sujud yang pertama dan membaca tasbih sekadar 70 ayat daripada surah al-baqarah atau sekadar termampu
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kedua dan membaca tasbih sekadar masa 50 ayat daripada surah al-baqarah atau sekadar termampu
- Membaca tahiyyat akhir.
- Memberi salam.
Kredit pakcik google |
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊