Assalamualaikum wbt,
Biji-biji halus yang memenuhi disesetengah area wajah amat mengganggu keyakinan diri seseorang, termasuklah wawa sendiri. Memang akui, jerawat berpasir agak sukar untuk dihilangkan kerana ia bukan sejenis jerawat yang kita boleh picit dan keluar seketul seperti biji nasi. kan?
Biasanya remaja yang berusia linkungan 17 ke 35 tahun yang sering mengalami masalah kulit wajah berjerawat pasir. Dibawah nanti, wawa juga akan kongsikan bagaimana waw hilangkan masalah kulit wajah berjerawat pasir ni.
Bagaimana boleh jadi jerawat berpasir ye? Pernah tak terfikir? Wawa nak kongsikan 7 punca kenapa kulit wajah berjerawat pasir.
7 Punca Wajah Berjerawat Pasir
![]() |
pakcik google |
1. Komedo (Pori-pori tersumbat).
Pori-pori yang tersumbat, boleh terbuka atau tertutup. Komedo yang terbuka (Blackhead), terlihat seperti pori-pori yang membesar dan menghitam. Komedo yang tertutup (whitehead) memiliki kulit yang tumbuh di atas pori-pori yang tersumbat sehingga terlihat seperti tonjolan putih kecil.iaitu jerawat pasir.
2. Sel kulit mati.
Sel kulit mati merupakan salah satu yang dapat menyebabkan komedo semakin meradang sehingga berubah menjadi jerawat.
3. Kerap mencuci wajah.
Mencuci wajah memang baik dan harus dilakukan secara rutin. Akan tetapi, bila terlalu kerap mencuci wajah juga dapat menjadi penyebab timbulnya jerawat pasir.
4. Memicit Blackhead dan Whitehead.
Keadaan tangan yang kurang bersih berpotensi menimbulkan jerawat pasir.
5. Kosmetik yang berminyak boleh menyebabkan pori-pori di wajah tersumbat.
Bekas sisa kosmetik pula dapat terperangkap di dalamnya bersama kotoran, minyak, dan bakteria. Maka timbulah jerawat-jerawat pasir.
6. Makan makanan berlemak dan bergula tinggi.
Makanan yang berlemak dan dengan kandungan gula tinggi berpotensi meninggalkan sisa minyak dan gula yang tidak tercerna. Apabila sisa ini tidak dibuang, mengakibatkan penumpukan yang berpotensi menimbulkan jerawat pasir.
7. Kurang tidur.
Kurang tidur dapat menjadi salah satu penyebab jerawat pasir.
Bagaimana cara untuk atasi masalah kulit wajah berjerawat pasir?
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊