Assalamualaikum wbt,
Gambar google
Apa itu Limforma atau Kanser Limfoma?
Kanser darah Limfoma atau dikenali juga sebagai Limfoma Hodgkin (HL).
“HL merupakan kanser darah yang bermula
dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh
menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada
sistem imun manusia.
“Apabila nodus limfa membengkak,
lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan
berlakunya HL,”
Gejala Limfoma
Gejala utama yang
dialami pesakit limfoma adalah tumbuhnya benjolan. Benjolan ini tidak terasa
sakit dan umumnya muncul pada leher, ketiak, dan bahagian celah peha.
Di samping benjolan, ada sejumlah
gejala lain yang mungkin dirasakan oleh pesakit limfoma. Antaranya adalah:
- Selalu merasa lelah.
- Berkeringat pada malam hari.
- Demam dan menggigil.
- Lebih sering mengalami infeksi.
- Batuk yang tidak kunjung sembuh atau terengah-engah.
- Gatal-gatal di seluruh tubuh.
- Penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas.
- Tidak nafsu makan.
- Perdarahan yang parah, misalnya haid dengan volume darah berlebihan atau mimisan.
- Pembengkakan pada perut.
- Sakit perut.
- Batuk atau gangguan pernapasan.
- Sakit dada.
Jangan pandang remeh jika ada di antara
anda mengalami gejala-gejala seperti berpeluh pada waktu malam, demam, berat
badan turun mendadak, kurang selera makan dan letih.
Semua simptom tersebut adalah kemungkinan
tanda-tanda kanser darah Limfoma Hodgkin (HL), yang boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja dan anda harus perlu berjaga-jaga kerana sehingga kini banyak
kes limfoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya.
Walaupun peratusan untuk sembuh adalah
tinggi, jangka hayat pesakit adalah rendah bagi mereka yang tidak bertindak
balas kepada terapi semasa.
Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi
Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng, HL dikategorikan sebagai sejenis
penyakit berbahaya yang sangat jarang berlaku, tetapi banyak terjadi kepada
golongan muda.
Katanya, dianggarkan satu daripada lima
rakyat Malaysia menghidap HL dan 60 peratus daripadanya adalah lelaki.
“HL merupakan kanser darah yang bermula
dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh
menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada
sistem imun manusia.
“Apabila nodus limfa membengkak,
lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan
berlakunya HL,” katanya dalam sesi perkongsian mengenai HL dan pelancaran
terapi terbaharu, Adcentris (brentuximab vedotin) oleh Takeda Malaysia Sdn.
Bhd., di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ujarnya, mereka yang berumur antara 15
hingga 30 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat HL, malah warga emas yang
berusia 55 tahun ke atas juga mempunyai risiko yang sama.
Mereka yang terdahulu dijangkiti virus
Epstein-Barr juga mempunyai risiko yang sama, selain penghidap HIV atau AIDS
yang sememangnya mempunyai kadar imunisasi rendah yang akan mengakibatkan HL
bertambah teruk.
Dr. Kim Meng berkata, HL boleh dikenalpasti
melalui kaedah biopsi seperti ujian darah, x-ray, imbasan CT (CT Scan), Imbasan
MRI (MRI Scan), dan Imbasan PET (PET Scan).
Bagaimanapun, rawatan berbeza dikenakan
kepada pesakit yang berbeza mengikut tahap kanser atau faktor-faktor seperti
lokasi kanser, jenis HL, dan umur pesakit.
“Pesakit akan menjalani rawatan sama ada
melalui rawatan kemoterapi, radioterapi ataupun kombinasi kedua-duanya sekali.
Jika pesakit tidak bertindak balas dengan rawatan tersebut, mereka perlu menjalani
pemindahan sel stem bertujuan memberi peluang yang lebih baik untuk merawat
beberapa jenis penyakit HL melalui pengawalan dalam tempoh masa yang lebih lama
berbanding rawatan kemoterapi standard,” katanya.
Secara amnya, terdapat dua jenis limfoma
iaitu HL dan Limfoma Bukan-Hodgkin (NHL). NHL lebih biasa berlaku apabila
sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal dan biasanya menyerang
mereka yang berusia 60 ke atas.
NHL lebih kompleks kerana mempunyai
pelbagai jenis melalui dua kumpulan besar, iaitu B-cell lymphomas dan T-cell
lymphomas dan berbeza berdasarkan sub jenis kanser. Bagaimanapun, simptom yang
berlaku hampir sama seperti HL namun mereka turut mengalami kesukaran untuk
bernafas, sakit di bahagian dada, dan perut membengkak.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Hematologi,
Hospital Duran i Reynals, Barcelona, Sepanyol, Dr. Anna Sureda, berkata, 70
peratus daripada pesakit HL mengalami keadaan yang berulang dalam tempoh 12
bulan selepas melakukan pemindahan sel tunjang autologus dan kelangsungan hidup
yang kurang dari setahun.
Katanya, antara rawatan terbaharu bagi
mengelakkan penyakit HL berulang atau bersifat refraktori adalah melalui terapi
konjugat ubat antibodi (ADC) yang berupaya memusnahkan sel kanser berbahaya,
CD30+, secara khusus.
Ubat khusus ADC berfungsi menyasarkan
secara khusus protein CD30 yang ditemui pada permukaan sel kanser yang
berbahaya tanpa merosakkan sel sihat di sekeliling tumor.
“Dengan terapi ini, kelangsungan hidup
secara keseluruhan boleh melebihi empat tahun dalam kalangan pesakit HL dan
Limfoma Sel Besar Anaplastik Sistematik (sALCL) yang berulang atau bersifat
refraktori.
“Dengan pilihan rawatan terbaharu ini,
pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna bersama
keluarga yang tersayang,” katanya.
Pengenalan terapi terbaharu Adcentris itu
juga diadakan sejajar dengan sambutan Hari Kesedaran Limfoma Sedunia yang
disambut setiap 15 September bagi meningkatkan tahap kesedaran terhadap penyakit
HL dan NHL.
Sumber : Utusan Malaysia
Bagaimana Vivix membantu dalam mengatasi masalah penyakit Limfoma?
Wawa yakin ramai sudah mengetahui bahawa Vivix adalah salah satu produk yang terbaik didunia dalam membantu menyelesaikan masalah kesihatan kronik seperti kanser. Vivix bukanlah produk yang merawat penyakit kanser ini, namun ia membantu memperbaiki sel-sel yang tidak normal dan sel-sel rosak kembali baik.
Vivix diperkaya dengan resveratrol dan polifenol membantu memperbaiki sel-sel abnormal yang terdapat dalam tubuh manusia.
TESTIMONI VIVIX - ATASI MASALAH KANSER LIMFOMA
" Testimoni dari pak sedara Ana sendiri yang ada kanser kelenjar. Masih dalam proses pemulihan tetapi bila amalkan Vivix memang nampak improvement.
Bengkak kelenjar sebesar buah kedondong pada bahagian leher dah surut macam biasa. Pak sedara ada bagitau mak Ana yang dia rasa bertenaga sket selepas minum Vivix.Baru sebulan guna Vivix. Tak habis sebotol pun lagi dah nampak perubahan positif. Alhamdulillah ". - ANA
Bengkak kelenjar sebesar buah kedondong pada bahagian leher dah surut macam biasa. Pak sedara ada bagitau mak Ana yang dia rasa bertenaga sket selepas minum Vivix.Baru sebulan guna Vivix. Tak habis sebotol pun lagi dah nampak perubahan positif. Alhamdulillah ". - ANA
TESIMONI lain tentang kanser limfoma boleh klik di SINI.
BELI online di SINI, dan Tuan/Puan hanya perlu tunggu sahaja tempahan tiba di rumah sendiri dengan selamat.
Hubungi kami untuk info/order:
Your Certified Shaklee Product Consultant:
Wan Rokiah Wan Ismail / Kakwawa (0199966576)
Direct Wassap:
http://kedaivitaminpengerang.wasap.my atau http://Kakwawa.wasap.my
COD Bandar Penawar / Desaru / Bayu Damai
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊