Assalamualaikum wbt,

Ramai yang menginginkan kehidupan yang tenang, aman dan bahagia. Namun, faktor persekitaran sering menjadi rencah dalam melalui kehidupan seharian. Kadang kala hati merasa kusut dan sukar untuk menjadi tenang. 

Jangan risau uols, bila kita yakin dan menerima perjalanan hidup ini adalah ketentuan Allah swt, pasti hati kita akan menjadi lebih tenang. Dibawah ni wawa sharing tips dan petua yang wawa dapat dari Diari Muslimah.

12 Petua Hidup Tenang



  1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
  2.  Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yang kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, focus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.
  3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
  4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang peril, herdik, tengking, senyum kan saja..
  5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gossip liar yang keterlaluan.
  6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yang menimpa.
  7. Iri hati adalah sia-sia. Harta orang bukan rezeki dan hak kita.
  8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.
  9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih saying.
  10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan.
  11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri.
  12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.