Assalamualaikum wbt,


Mudahnya Menjemput Rezeki
======

Ada orang pagi-pagi lagi sudah menyingsing lengan memulakan usaha.

Ada orang pagi-pagi memilih untuk menghadap Allah, mengharap redha dan janji-Nya.

======
Ini adalah pilihan. Ia soal Keyakinan. Ia soal mahu percaya atau tidak mahu percaya. Dab saya memilih untuk PERCAYA. 

Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis qudsi bahawa Allah berfirman:maksudnya;

"Wahai anak adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan mengcukupkan pada akhir harimu itu." (Riwayat Abu Dawud)

Allahuakbar, sungguh Allah jelaskan dan memberi keyakinan pada kita. Tidak akan jatuh miskin orang-orang yang melaksanakan dhuha.

Investment 5 minit je waktu kerja tu, tengah-tengah duk sibuk kan, berhenti sekejap ambil wudhuk dan selesaikan. 

InsyaAllah,  harimu akan cukup. 

Bersih jiwa pagi ni dengan zikir jom. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan titik-titik hitam yang ada dihati. Alangkah indah sekiranya hilang terus. 

Ya Wahhab 100x
Ya Razzaq 100x
Subhanallah 100x
Allahuakbar 100x
Alhamdulillah 100x
Astaghfirullahala'zim 100x

Selamat beramal.=)