Assalamualaikum wbt,
Sebelum tidur, terdetik di hati wawa untuk berkongsi. Pernah wawa baca (di lupa kat mana), ada seorang pemuda bertanya dengan seorang tuan guru yang alim.
Bagaimana aku boleh menjadi seorang yang baik seperti kamu. Tidak pernah marah, wajahmu sentiasa tersenyum, kata-kata mu penuh hikmat, akhlakmu sungguh hebat. Tiada yang ku nampak cela pada pandangan mataku. Kata si pemuda.
Jawab tuan guru tadi, aku tiada rahsia. Apa yang boleh aku katakan, kamu mungkin akan mengadap ilahi dalam 7 hari lagi.
Mendengar kata-kata tuan guru itu, pemuda tadi berasa sangat gusar. Sehinggakan semua tindak tanduknya berubah. Jadi seorang yang sangat baik, kata-katanya tidak menyakitkan, menyantuni anak isteri, keluarga & jiran tetangga. Walaupun di uji bermacam-macam ujian, tidak lagi mengeluh malah tersenyum lagi.
Ibadahnya semakin bertambah, jiwanya hanya ingin berbuat kebaikan. Tiada lagi dunia yang diingatinya. Semuanya dilakukan kerana Allah.
Selepas 7 hari, pemuda tadi bertemu tuan guru. Lalu tuan guru bertanya, apa kamu buat sepanjang 7 hari. Lantas diceritakan pada tuan guru, tiada satu pun yang mengecewakan semuanya menggembirakan.
Tuan guru pun berkata, itulah rahsiaku. Hidup kita di dunia ini hanya sementara. Kita akan pergi ke sana nanti. Bagaimana kita nak pergi jika kita belum bersedia?
Inilah persediaan yang kita nak bawa nanti. Sentiasa ingat akan kematian supaya diri kita sentiasa nak buat kebaikan.
Allahuallam.
2 Comments
Ingat mati itu buat kita sentiasa berusaha perbaiki diri..insyaAllah.Aminn.
ReplyDeleteterkesan.
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊