Assalamualaikum wbt,



Dua hari berturut-turut wawa terima berita gembira. Semalam, abang wawa yang sulung share gambar upt test double line. Alhamdulillah, positif selepas 11 tahun menanti zuriat kedua. Sesungguhnya Allah kurniakan kemanisan pada orang-orang yang sabar.

Kakak wawa juga bakal menimang cahaya mata yang ke-5, kakak tak bagitau direct cuma kiasan-kiasan yang buat kami faham, ada laa tu tahun depan.😄

Hari ini pula, sahabat bisnes wawa pula berkongsi upt test double line. Alhamdulillah, rezeki sahabat selepas 4 tahun menanti zuriat kedua.😊

Wawa dan suami? Masih menanti, semoga Allah kurniakan zuriat-zuriat penyejuk mata memandang dan menjadi pemimpin-pemimpin bagi orang yang bertaqwa. Amin

Doakan wawa ye, mana tahu ada di kalangan sahabat Allah buka hijab makbul doanya dengan cepat.