Assalamualaikum wbt,

Tajuk tak menahan kan. Hari khamis baru ni wawa pergi ke Pengerang Johor. Jarak dari Paka ke Johor ambil masa lebih kurang dalam 6 jam.

Wawa yang drive non stop, cuma berhenti solat kejap. Bayangkan wawa sepatutnya 6 jam dah sampai sana, tapi sebab tersalah masuk jalan buat kami tersesat 1 jam. Follow gps terus dia bawak jalan jauh.😄

Gerak dari Paka jam 1.30 pm sampai Bandar Penawar dalam 9 malam. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Lenguh punggung cheq.😄

Tidur rumah kawan dekat Bandar Desaru , pagi jam 5 dah bangun sebab ada meeting dengan client jam 9.30. Nak pergi tempat meeting pun tersalah jalan plak, nasib keluar awal. Kepala dah tingtong, sebab drive dan rasa tak cukup tidur. 


Lepas meeting, jam 3 lebih bertolak balik Paka. Kali ni wawa malas nak drive, bagi adik yang drive plak. Sampai kemaman, wawa sambung sampai rumah. Jam 11 lebih sampai rumah. 

Pagi tadi masuk kerja, ohh serius kepala macam tak dapat berfungsi dengan betul. Time rehat tadi pulun tidur sampai habis waktu, tapi tak juga hilang ngantuknya. Jam 5 petang terus balik, tak tahan ngantuk tapi tak boleh tidur plak. Hihi

Wawa jarang travel, tapi sebab ini hal penting ku gagahkan jua untuk drive sendiri. Bila suami duk jauh macam ni la, travel sendiri. Hihi