Assalamualaikum wbt,

Amalan Surah Al-Waqiah Murahkan Rezeki

Saya cuba nekad mengamalkan satu surah dan dibaca ketika setiap kali lepas solat. Kenyataannya, saya baru amalkan surah tu harini. 

Ya, harini. Itu pun solat Asar, Maghrib dan Isyak. Tapi nikmat dan rezeki yang Allah turunkan tu, Subhanallah tak terucap dengan kata syukur semata. 

1 customer selepas Asar order supplemen dan terus bersetuju nak beli selepas diterangkan kebaikan supplemen. 1 customer selepas Maghrib, terus buat payment baru beritahu nak beli dan 1 customer selepas Isyak, terus bank in selepas memilih apa yang dia mahu tanpa satu soalan pun. 

Subhanallah. Kalaulah saya amalkan formula 11+1 dengan NO LOMPANG, tak dapat bayang rezeki yang Dia akan turunkan. 

Yang penting niat ikhlas dan berniat untuk jadikan ia satu amalan harian. Bukan hanya ketika susah dan bukan hanya kerana meminta rezeki semata-mata. - Atiqah Subki