Assalamualaikum wbt,

Wawa jumpa resepi buat tomyam simple dan mudah. Caranya lebih kurang wawa, cuma wawa tak blend bawang tu. Hihi



Bahan-Bahan :

Bahan A

1- 1 Biji tomato 
2- 1 Biji bawang besar
3- sedikit air

*Blend bahan-bahan A


Bahan B

1- 3 batang serai yang di ketuk 
2- Minyak masak sedikit
3. Ayam di potong kecil

Cara-Cara Memasak :

Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak seperti dalam gambar di bawah.


Masukkan bahan A dan bahan B, tumis sehingga naik minyak.


Setelah bahan tadi garing, masukkan ayam. Jika nak buat tomyam seafood, masukkan seafood di akhir nanti ya..")


Masukkan pula air, jika nak berkuah banyak masukkan air lebih. Didihkan ke semua bahan tadi sehingga masak ayam.


Setelah campuran mendidih, masukkan pula perahan limau. Kemudian masukkan pula gula, garam dan perasa. Gula secubit sahaja.


Masukkan pula diakhir masakan dengan kubis, biarkan seketika sampai empuk.

Masukkan pula bawang besar, cili padi dan tomato yang di potong 4 dan daun limau purut.




Tadaa, dah siap. Boleh makan.")

Kredit Facebook Norhaslinda