Assalamualaikum wbt,

Pelik, memang pelik. Wawa sendiri pun terfikir juga di awal pembabitan dalam bisnes shaklee. Produk yang bertaraf dunia, supplemen No 1 di dunia namun langsung tiada Duta berbayar seperti artis dan selebriti. 

Kami berdua pengguna shaklee dan model shaklee. Hihi


Pernah tak nampak produk shaklee buat iklan kat TV? Tak pernah kan. Ya, memang benar shaklee tidak pernah buat marketing melalui televisyen, radio mahupun mengupah artis menjadi duta. Ini kerana shaklee adalah brand yang sudah sedia dikenali. Mereka tidak perlu mengambil duta untuk melariskan produknya. Cukup dengan Shaklee Indipendent Distributor menjadi DUTA bergerak di seluruh negara.

Siapa saja yang mengamalkan vitamin shaklee secara konsisten dan teratur pasti jatuh hati dan tidak beralih kepada produk lain. Ini terbukti dengan kehadiran  agen dan dropship baru dalam organisasi  wawa. Mereka ini gembira berkongsi manfaat yang mereka dapat selepas makan vitamin shaklee. 

Sehinggakan memilih shaklee sebagai bisnes untuk menyebarkan manfaat vitamin shaklee kepada orang ramai.

Selain itu, ia turut di akui oleh pengguna vitamin shaklee suatu masa dulu dan berhenti, kini kembali pula kepada produk vitamin semulajadi ini. Kerana yakin dengan keberkesanan dan semulajadi produk shaklee.